Sabtu, 17 Oktober 2009

discipline as a problem in schools

http://www.ziddu.com/download/6952601/Discipline_as_a_problem_in_schools.doc.html

Isnin, 10 Ogos 2009

HARI PERTAMA KU..


kuliah pertama ku berjalan dengan lancar..mcm biasa lah..memperkenalkan diri dan lec pun intrdctn about her self..so hari pertama kuliah not bad..mcm yg dulu2 time aku study dulu.cuma bertukar tmpt jer..hihihihi..hari kedua lak paling kelakar...bila masuk kuliah PN.RASMALIZA untuk sbjct SYSTEM ANALYSIS AND DESIGN paling kelakar..dia bukan nak mengajar..but nak bersyarah lak...huhuhu...ari ni terpaksa lah dengar dia bersyarah mgenai CINTA dan KERJASAMA.bila dia tnya kiteorg "ingt yer, apa yang penting?"..satu kelas jawab "KERJASAMA!!!!"..wakakakkakaa..terbahak2 kteorg ketawa.....tapi mmg betul..kerjasama mmg penting in the teamwork...tu jer lah yg aku nak ckp...aku selitkan skali pic my kawan2 aku di kampus....CHAYANG KORAN G SEMUA..walaupun baru kenal..tapi korng mmg gila2...

Ahad, 17 Mei 2009

Pemburu Hantu Jejaki Mona Fandey?


Mereka bukanlah ustaz, pawang, bomoh mahupun mana-mana pengamal ilmu spiritual yang mampu bertemu kehidupan di alam paranormal. Sebaliknya mereka hanyalah 3 anak muda - Anis Azman, 18, Hairi Shahrizal Mustafa, 25, dan Iskandar Ishak, 28 - yang nekad memburu hantu secara saintifik.


Misi mereka itu akan dapat anda saksikan menerusi dokumentari drama terbaru, Pemburu Hantu terbitan FM Productions yang akan disiarkan setiap Khamis, jam 11 malam, di Astro Ria (Saluran 104).

Bukan sekadar dokumentari picisan, Pemburu Hantu merupakan sebuah dokumentari bagi membongkar segala kejadian seram dan aneh yang tidak tercapai dek pancaindera manusia dengan menggunakan kaedah saintifik dan logik.


Dokumentari ini memaparkan sekumpulan 3 pemburu makhluk halus yang dilengkapi dengan kemudahan komputer dan gajet berteknologi tinggi serta rakaman audio dan video serta kamera litar tertutup. Gajet itu mampu mengaktifkan gelombang elektromagnet dan haba yang berupaya mengesan sebarang kewujudan entiti paranormal dengan menggunakan keadaan saintifik dan metafizik.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, berkata untuk menjayakan dokumentari drama itu, pihak produksi telah membeli 9 peralatan berteknologi tinggi dari luar negara.

Katanya, peralatan berkenaan digunakan oleh kebanyakan pemburu hantu di negara luar seperti Singapura dan Amerika Syarikat dan ternyata banyak membantu dalam penyiasatan mereka.


"Dalam Pemburu Hantu, kami cuba mengetengahkan cara-cara mengenal pasti entiti paranormal secara saintifik dan metafizik. Apa yang menarik, hasil kajian itu bukan saja boleh dapat dilihat secara audio dan visual malah juga bagaimana emosi 3 pengacara ini ketika mereka menjalankan tugas di lokasi serta berhadapan dengan kejadian paranormal tertentu," katanya.


Beliau berkata hasil kajian atau pemerhatian 3 pengacara di setiap lokasi akan dianalisa, dibincangkan serta disimpulkan untuk mengetahui kejadian sebenar. Antara peralatan yang digunakan bagi menjayakan penyiasatan ini seperti kamera litar tertutup, night-vision, hydrometer, pengesan haba, pengesan pergerakan serta boom microfon.


Program Pemburu Hantu akan muncul selama 13 episod dan ia juga berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai.

Sementara itu, antara tempat-tempat yang dikunjungi oleh krew Pemburu Hantu ialah tempat pembunuhan ADUNaaBatu Talam 1993, Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang dibunuh kejam oleh bomoh dan pengamal ilmu hitam, Allahyarham Mona Fandey.


Tidak ketinggalan kawasan yang dipercayai tumpuan pontianak di Bukit Antarabangsa, KL, hospital tinggalan Lela Ratos di Jalan Pudu serta kawasan perkuburan di Sungai Buloh yang menjadi tempat mangsa tragedi 13 Mei 1969 ditanam.


Orang ramai berpeluang berkongsi lokasi yang dikatakan mempunyai entiti paranormal mereka menerusi laman web www.astro.com.my/pemburuhantu.


Komen krew Pemburu Hantu:


Anis

"Setakat ini gangguan hebat yang hadapi adalah ketika saya terpaksa membetulkan kamera dan beberapa peralatan seorang diri. Perasaan ketika itu Tuhan saja yang tahu kerana ketika itulah saya diganggu oleh makhluk secara tiba-tiba."


Hairi

"Walaupun sebelum ini saya pernah terbabit untuk rancangan Ekspose Mistik, tapi ia bebeza dengan Pemburu Hantu kerana kami langsung tidak menggunakan khidmat mana-mana ustaz. Apa yang membantu kami adalah 9 peralatan ini dan keberanian diri masing-masing sahaja".

Iskandar

"Kami ingin sangat berjumpa hantu dan bukan menghalau mereka. Tiada juga pantang larang yang saya amalkan kerana kami berfikiran positif. Balik ke rumah pun macam biasa walaupun saya pernah diikuti oleh lembaga hitam hingga ke dalam bilik tidur saya."

Zamarul, Diana Rafar Diijabkabul


Dengan sekali lafaz, akhirnya pelakon Zamarul Hisham Mohamad secara sah menjadi suami kepada Diana Rafar.


Pada majlis pernikahan yang berlangsung pada jam 10.30 pagi tadi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Diana yang berwalikan abangnya, Airul Azmi Abdul Rafar, dinikahkan dengan Zamarul oleh Penolong Pendaftar Masjid tersebut, Ustaz Khairudin Haiyon, bersama mas kahwin RM165.


Zamarul yang berstatus duda anak 2, kelihatan menitiskan air mata selepas menunaikan solat syukur kemudiannya menyerah mas kahwin tersebut dan menyarungkan sebentuk cincin berlian ke jari manis isterinya.


Kedua-dua pelakon berkenaan yang melalui zaman percintaan hampir 8 tahun, tidak terlepas meluahkan rasa bersyukur dan gembira tidak terhingga apabila selamat disatukan sebagai suami isteri.




"Banyak maknanya pada angka 165 itu. Selepas kami melalui proses motivasi diri tidak lama dahulu, kami mula mengambil nombor tersebut sebagai tanda ikatan kami berdua. Ia telah dirancang awal sempena tarikh perkahwinan kami pada hari ini, 16.5.2009. Selain jumlah mas kahwin, saya turut menghadiahkan kepada isteri saya wang hantaran sebanyak RM16,500. Angka 6 memberi maksud Rukun Iman dan 5 adalah Rukun Islam.


"Selepas selamat diijabkabulkan Saya tidak dapat nak menggambarkan perasaan gembira bergelar suami kepada Diana. Saya mendoakan agar saya dapat menjadi suami yang baik, bertanggungjawab dan penyayang. Begitu juga yang saya harapkan daripada isteri saya.


"Saya berdoa agar perkahwinan ini berkekalan hingga ke hayat kami. Selepas ini kami akan tinggal bersama dengan anak sulung saya, Izzat," kata Zamarul ketika ditemubual selepas majlis akad nikah.


Zamarul yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai 2 anak iaitu Izzat Haiqal, 10, dan Iqmal Haiqal, 8. Bagaimanapun Iqmal tinggal bersama neneknya (bekas ibu mertua Zamarul).


Izzat yang lebih mesra dipanggil Aboi yang ditemui di majlis itu turut meluahkan rasa gembira dengan perkahwinan ayah dan ibu tirinya itu.


Bagi Diana atau nama sebenarnya, Adiana Abdul Rafar, tarikh hari ini sememangnya dinanti-nantikan sejak sekian lama dan ia sudah tercapai.


"Saya berharap Zamarul yang menjadi suami saya sekarang adalah sama dengan Zamarul yang saya kenal sejak 8 tahun lalu. Pada tahun pertama percintaan kami lagi, Zamarul sudah memperkenalkan anak sulungnya kepada saya. Kami bertiga sering keluar bersama-sama bersiar-siar dan membeli-belah.


"Bagaimanapun saya tidak pernah bertemu dengan anak keduanya, Iqmal kerana dia telah tinggal bersama dengan neneknya. Pun begitu, saya sememang hendak sangat berjumpa dengan dia," kata Diana.


Turut hadir pada majlis pagi tadi ialah kedua-dua belah pihak keluarga masing-masing termasuk ayah dan ibu Zamarul, Mohamad Mohd Zain dan Puan Zaleha, serta ibu Diana, Puan Zainun serta kakaknay, Linda Rafar bersama suaminya, pelakon Syed Aiman.


Malam ini majlis resepsi perkahwinan bagi spengantin perempuan akan diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam. Selamat Pengantin Baru buat Zamarul dan Diana!

Sabtu, 16 Mei 2009

tanya pada sape..angelika this indi music band..


Angelika - Tanya Pada Siapa


Tanya sama pokok , Kenapa bergoyang
Nanti pokok bilang , Ada monyet yang goncang
Lagi-lagi duka , Lagi-lagi lara
Kau katakan aku yang mula semua

Oh kau telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidka mengerti

1,2,3 langkah kita bermula
4,5,6 siang tanpa kelam
7,8,9 kau kuibarat intan
setia mentari terus menerangi

@Hari demi hari masa lemas terjalan
Sinaran mentari seakan bosan
Kau kata ku tak setia , Ku bilang kau gila
Hubungan kita ada yang tak kena

#Antara oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata , siapa yang harus disalah

Ulang * (2x) , ulang @ , ulang # , ulang * (2x)

Antara Oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata kita mula bertanya
Kenapa , mengapa.. kenapa oh mengapa
Siapa yang harus disalah

Oh.. Kau tlah mencuri
Oh Hatiku , pulangkanlah
Oh semula, ku tak mahu
Oh cintaku , kau miliki

Oh kao telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidak mengerti..

Hafiz Juara AF7 - Tepati Ramalan!


Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Aril anak emas Astro dan pastinya menjuarai pertandingan realiti TV, Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) ternyata sesuatu yang tidak benar.

Hakikat ini kerana Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak telah dipilih sebagai juara AF7 yang telah berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Dengan memperolehi undian SMS terbanyak iaitu 46 peratus daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti peminat AF7 untuk menjuarai pertandingan itu. Hafiz menewaskan 4 finalis lain iaitu Aril yang mendapat 22 peratus di tempat kedua, Akim (18 peratus), Yazid (9 peratus) dan Isma (5 peratus) .



Kehebatan Hafiz terbukti apabila beraksi dengan mantap menerusi lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain serta lagu baru Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan AD Samad.

Kemenangan manis Hafiz malam tadi juga membuktikan peserta lelaki telah tampil merampas semula takhta AF daripada 2 peserta wanita sebelum ini iaitu Mila dan Stacy.

Hafiz membawa pulang pelbagai hadiah lumayan iaitu sebuah kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, wang tunai RM20,000, pakej percutian ke New York untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), kamera U130 Olympus, Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), jam tangan Hugo Boss, bekalan Brand Innershine selama setahun (Cerebos), telefon bimbit Nokia 5730 Xpress Music serta trofi.

Sementara itu, Aril atau Khairil Azam Pilus, 24, dari Kuala Lumpur yang sebelum ini diundi masuk beraksi dengan tidak kurang lincahnya menerusi lagu baru, Toksik dan Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi.

Dengan kemenangan itu, Aril berjaya memenangi wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan Maybelline, kamera U1030 (Olympus), Set Karaoke Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss serta trofi.

Tempat ke-3 menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu-minggu terakhir AF7. Kemenangan itu melayakkan Akim memenangi wang tunai RM8,000, pakej percutian tajaan Maybelline, Camera F3320 Olympus serta trofi.

Berasal dari Johor Bahru, Akim berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru, Bengang.

Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat ke-4 apabila menyampaikan lagu Dewa 19, Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi.

Kejutan terlihat pada Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila menduduki tempat ke-5 menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan… Godaan hasil ciptaan suaminya Zul dan Slen.

Ironinya, Isma yang menjadi satu-satunya finalis wanita tunggal dalam final AF7 seringkali menduduki tangga teratas dalam carta undian sebelum ini. Malangnya, kakak kepada penyanyi Tomok ini tidak berjaya mengekalkan kedudukannya itu walaupun persembahannya bertenaga dan vokalnya mendapat pujian pengkritik.

Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada semua bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini, Rubisa, Zizi dan Sidi.

Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6, Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan oleh Bunkface.

Konsert itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dengan dibantu Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato' Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie.

Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya AF7 sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi.

Khamis, 14 Mei 2009

Joo Ji Hoon ditahan kerana dadah

Bintang popular Korea, Joo Ji Hoon telah ditahan pada 26 April yang lepas kerana terlibat dengan dadah. Pelakon kacak yang membintangi watak utama dalam drama popular Korea ‘Princess Hour’ atau ‘Goong’ ini telah ditahan pihak polis pada 28 April yang lepas kerana menyeludup, membawa dan menggunakan dua bahan terlarang iaitu Estacy dan Ketamin

. Selain daripada Joo, kes ini turut melibatkan seorang aktor Korea Yoo Seol Hee dan juga seorang model negara itu, Ye Hak Young. Joo Ji Hoon mengakui mendapat bekalan barang haram tersebut daripada dua orang rakannya. Dalam satu kenyataan lain,pihak polis Korea turut menyatakan bahawa ini adalah kes pertama di negara itu yang melibatkan selebriti menyeludup dadah untuk kegunaan sendiri. Kes ini dijangka akan memberi tamparan besar dan mencalarkan nama pelakon popular ini.

Paris Hilton si gedik yang mempesonakan

Walaupun dirinya dilahirkan dalam suasana keluarga yang berada, Paris sendiri menyatakan bahawa dirinya tidak betah duduk diam di rumah tanpa membuat apa-apa pekerjaan. Sekurang-kurangnya duit yang dia perolehi itu boleh menampung hobinya yang suka berbelanja. Pada tahun 2003-2004 dia memperolehi pendapatan sebanyak USD$2 juta, USD$6.5 juta pada tahun 2004 dan USD$7 juta pada tahun berikutnya atas usahanya dalam bidang peragaan, berlakon filem, menyanyi dan bermacam-macam lagi.

Walaupun Paris terkenal dengan sikap ‘playgirl’, boros, mengada, gedik dan bermacam-macam perangai yang menyusahkan, kebanyakan lelaki jika ditanya amat mendambakan teman wanita seperti Paris Hilton. Tak percaya? Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah laman web dan 60 peratus pengunjung lelaki yang melawati laman web itu memasukkan nama Paris Hilton sebagai ‘future girlfriend’ mereka. Emm...menakjubkan dan rata-ratanya berkata walaupun Paris berperangai begitu tetapi wajah manisnya boleh membuatkan mereka tidak dapat tidur malam!

Waheeda sudah bergelar isteri Akhil Hayy?


Zaman semakin berubah, kemodenan sentiasa menanti. Pembangunan pula tidak kurang pesatnya namun masyarakat kian lemah dari segi pemikirannya. Dalam kehidupan orang seni pula, hiburan adalah matlamatnya selain memberi mesej tertentu bergantung pada ahli karyanya. Baik dan buruk sesuatu bergantung kepada penerimaan para penonton yang menilainya. Apatah lagi bagi sesetengah masyarakat gosip dan kontroversi itu sesuatu yang menghiburkan sehingga sukar untuk segelintir individu menjalani kehidupan bersendirian kerana diperhatikan.

Seperti artis wanita bertudung ini, Waheeda turut menerima tempias yang mengatakan dia menjalin hubungan dengan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy. Ada juga pihak yang menyifatkan mereka telahpun bertunang dan berkahwin. Tanggapan itu ternyata menjadi keraguan semua pihak yang terus mempertikaikan keperibadian mereka yang lebih islamik berbanding artis lain. “ Saya kini sudah menjadi iseri Akhil Hayy tapi hanya dalam ‘Cafe Akhil Hayy’. Oleh kerana musim lalu saya telah memegang watak tersebut jadi, saya akur dengan ketetapan pihak terlibat. Kami senang bekerjasama dan ibu saya turut terlibat sebagai tetamu dalam cerita yang akan datang ini,” ujar waheeda ketika memberi penjelasan kepada MH tentang hubungan cinta yang dimaksudkan itu.

Teruskan Niat Walaupun Disalaherti
“Perkara ini tidak perlu diperbesarkan. Kami bukan buat benda yang mencurigakan sebaliknya kami berkerjasama untuk meneruskan niat kami berdakwah untuk masyarakat selain mencari rezeki. Lebih baik kita bercerita mengenai sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada semua daripada kita menambah andaian yang bukan-bukan dan mempengaruhi minda orang lain untuk mempercayainya. Hiburan sekarang sewajarnya mengalami perubahan, kenapa isu yang nyata kurang diketengahkan sebaliknya cerita yang tidak pasti dan baik unsurnya kurang mendapat sambutan. Sepatutnya isu yang nyata dan melibatkan masalah sosial sepatutnya diberi perhatian supaya masyarakat mendapat maklumat dengan jelas. Sebaliknya hanya gosip yang tiada kesahihan yang suka sangat diperkatakan. Di mama tanggungjawab kita sebagai masyarakat yang prihatin. Kita semua kena mainkan peranan yang penting dalam pembentukan ummah yang harmoni,” jelas Waheeda lagi.

Cabaran Bergelar Ibu Tunggal Di Usia Muda


Tapi sama ada bercerai mati mahu pun bercerai hidup, seorang wanita yang bergelar ibu tunggal atau janda, harus memikul tanggungjawab yang berat. Selain terpaksa menyara kehidupan sendiri mereka juga terpaksa menyara anak-anak. Satu lagi tanggungjawab yang harus dipikul oleh wanita yang bergelar ibu tunggal ialah selain menjadi ibu kepada anak-anak dalam masa yang sama terpaksa menjadi seorang ‘ayah’.
Fenomena ibu tunggal membesarkan anak-anak sendirian kini seolah-olah menjadi satu kelaziman malah masyarakat tidak lagi mengalami kejutan apabila seorang ibu tunggal mampu membesarkan anak-anak yang ramai seorang diri tanpa bantuan suami. Mereka juga menghadapi lebih banyak kesukaran terutama daripada aspek kewangan.

Kalau dilihat kebanyakan ibu tunggal mungkin terpaksa mulai bekerja di luar rumah untuk pertama kalinya untuk memenuhi keperluan kewangan keluarganya dengan gaji pertama yang tidak begitu banyak. Mengikut kajian, kurang dari 50 peratus bekas suami yang bersedia untuk menanggung hidup anak-anak setelah berlakunya perceraian.

Ada satu perubahan tambahan yang terjadi dewasa ini, iaitu ibu tunggal yang telah menjanda, bercerai atau ditinggalkan suaminya, biasanya kembali ke rumah orang tua mereka. Semua ini berlaku apabila seseorang ibu tunggal itu tidak mempunyai sebarang punca pendapatan untuk menyara kehidupan diri sendiri dan juga anak.

Walau bagaimana pun ramai juga di kalangan ibu tunggal yang memilih untuk hidup sendiri bersama anak-anak kerana enggan menyusahkan keluarga. Ada banyak bukti yang menunjukkan bahawa anak-anak akan menjadi lebih baik jika tinggal di rumah bersama minimum dua orang dewasa, tidak kiralah orang dewasa yang selain daripada ibu mereka itu terdiri daripada sama ada misalnya nenek, datuk dan ibu saudara.

Seorang ibu tunggal sering kali dibebani dengan pelbagai tanggungjawab, tidak mempunyai ruang untuk menikmati hidup dan tidak ada kesempatan untuk memikirkan dirinya sendiri kerana terlalu banyak masa dan perhatian dicurahkan kepada anak-anak. Maka tidak hairanlah jika golongan ibu tunggal mengalami tekanan.

Minggu ini MW menyingkap pengalaman yang dilalui oleh wanita yang bergelar ibu tunggal terutama dalam usia yang muda. Susah payah membesarkan anak-anak sendirian serta bagaimana mereka menghadapi pandangan masyarakat yang sering memandang serong kepada golongan ibu tunggal.


Kuatkan semangat demi anak-anak - Munawaroh Haji Mustapha

“Ketika mula-mula bergelar ibu tunggal, saya seolah-olah kehilangan tempat berpaut. Jika selama ini segalagalanya diharapkan daripada suami tetapi kini selepas kehilangan suami kira-kira empat tahun yang lalu, saya terpaksa menerima hakikat bahawa Allah lebih menyayangi arwah.

Saya bergelar ibu tunggal dalam usia 30 tahun dan ketika itu anak-anak saya masih kecil. Sebelum arwah meninggal saya tidak pernah bekerja dan segala keperluan ditanggung suami tetapi selepas pemergian suami, saya harus tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan. Dengan tulang empat kerat, saya berusaha untuk mencari pekerjaan demi untuk menyara diri sendiri dan juga empat orang anak yang masih kecil.

Mungkin bagi golongan ibu tunggal yang memiliki pekerjaan mereka tidak terlalu terasa sangat. Tetapi bagi saya yang tidak pernah bekerja, ia merupakan suatu ujian yang amat mencabar. Saya redha dengan ketentuan Allah dan demi anak-anak saya bangkit dan menguatkan semangat demi masa depan anak-anak yang ditinggalkan oleh arwah suami.


Perlu kawal emosi - Surayahany Mohamed Said

“Memang tidak dapat dinafikan bukan mudah menjalani hidup sebagai seorang ibu tunggal. Mana tidaknya, jika dahulu urusan rumah tangga dan menguruskan anak-anak diuruskan bersama tetapi selepas ketiadaan suami, semuanya terpaksa diuruskan sendirian. Rutin harian saya selalunya bermula pada waktu pagi dengan menghantar anak-anak ke sekolah terlebih dahulu sebelum saya bertolak ke tempat kerja.

Segala urusan tiga orang anak-anak perempuan semuanya saya urus sendiri. Secara tidak langsung ia mengajar saya untuk hidup berdikari. Pada mulanya agak sukar juga sebab sebelum ini suami banyak membantu tetapi selepas ketiadaan arwah, saya belajar untuk menguruskan anak-anak sendirian. Saya bernasib baik kerana bekerja, jadi saya masih ada sumber pendapatan.

Cuma saya perlu lebih berjimat cermat bagi menampung kos kehidupan diri sendiri dan juga anak-anak. Antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu tunggal ialah untuk menyediakan kos sara hidup yang tinggi setiap bulan selain menghadapi kerenah anak-anak yang semakin meningkat remaja.

Inilah Wajah Bayi Erra Fazira!


Usianya kini lebih sebulan dan yang pasti, bayi yang anda tatap di atas itu adalah Engku Aleesya - buah hati pengarang jantung pasangan popular Erra Fazira Wan Chek dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin!


Rasanya inilah pertama kali wajah anak Erra dan Emran itu disiarkan untuk tatapan peminat dan gembira dapat berkongsi gambar Engku Aleesya yang comel itu dengan semua pengunjung ke blog sye ini. Tentunya Aleesya kini semakin cerdik seperti mana mama dan papanya itu.

Kalau mengikut perancangan, Erra dan Emran hanya ingin mendedahkan wajah Aleesya ketika upacara mencukur jambul selepas pantang tidak lama lagi tetapi LIFE STYLE telah berjaya mendapatkan gambar Aleesya terlebih dulu daripada seorang kenalan rapat.


Ketika ini Erra sedang memulihkan susuk tubuhnya dan dia dijangka akan kembali aktif dalam bidang seni apabila benar-benar bersedia. Kita ucapkan tahniah kepada pasangan Erra dan Emran yang berjaya mencapai impian mereka dalam berumah tangga apatah lagi dengan kelahiran Aleesya.

Kes Khalwat Ako Mustapha Dengan Anang Sagunting

Pelakon terkenal Ako Mustapha terkedu dan kehilangan kata-kata sebaik menerima keputusan kes khalwatnya sebentar tadi. Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu. Selepas menunggu hampir enam jam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini memutuskan untuk menangguhkan sementara hukuman penjara terhadap Ako.

Ako meminta seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di perkarangan mahkamah menjadi penjaminnya semasa mencari penjamin yang mesti merupakan kakitangan awam. - foto MSTAR

Ako diberi tempoh 14 hari mulai hari ini untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk tidak dipenjarakan berhubung kes khalwat. Sementara itu, peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman mengesahkan Ako telah membuat bayaran sebanyak RM5,000 selepas dikehendaki menjelaskan hukuman denda sebanyak RM3,000 dan bon jaminan RM2,000 dengan penjamin kakitangan awam.

Zuri juga berkata dia akan memfailkan rayuan itu dalam masa dua hari ini.Aktor yang baru berkahwin itu terpaksa akur dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Ako ditemani kenalannya, Shahrin Halim ketika keluar dari mahkamah. - foto MSTAR

Beliau hanya mampu berkata: “No komen. I’m still digesting (Tiada komen. Saya masih cuba menerima keputusan ini).” Ako hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh abangnya, Muhaimi Ahmad Mustapha dan kenalannya Shahrin Halim. Dalam pada itu, Shahrin berkata dia merasakan Ako akan terselamat daripada hukuman penjara itu.

“I don’t think he deserves jail sentence,” katanya.

Terdahulu, di perkarangan mahkamah, Ako kelihatan disyorkan Shahrin untuk meminta seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi penjaminnya. Bagaimanapun, wartawan tersebut menasihatkannya agar cuba mendapatkan kakitangan awam lain kerana masih ada 40 minit sebelum pejabat mahkamah tutup.

Penjamin Ako bukan merupakan wartawan tersebut.

Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.

Januari lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako setelah empat kali dia gagal hadir ke mahkamah, dan menetapkan tarikh hari ini untuk sebutan semula kes. [sumber]

Selasa, 12 Mei 2009

tips kuruskan badan tanpa ubat

Ucapan Laillahaillah

Tip kuruskan badan tanpa ubat
Ada tips skit:


" Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Tips penjagaan mata utk kita yg mengadap PC

1. Pilihlah monitor yang berbentuk LCD/plasma sbb monitor ini dipercaya lebih baik daripada monitor model lama.

2. Jagalah jarak mata anda dengan monitor komputer. Jarak paling ideal antara mata dan monitor adalah 30 cm.

3. Adjust monitor sejajar dengan mata, jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi. Adjust sehingga kita rasa selesa dengan posisi antara kepala (mata) dan monitor.

4. Adjust warna pada monitor sehingga sedap dipandang mata, tidak terlalu terang sbb ini menyebabkan mata menjadi silau. Juga jangan terlalu gelap sbb akan menyebabkan mata bekerja terlalu keras sehingga membuat mata menjadi cepat kering.

5. Adjust screen refresh rate menjadi 75 htz..caranya jika anda pakai windows XP klik kanan pada desktop-properties-setting-advanced-monitor-lihat kolum screen refresh rate, atur menjadi 75 htz.

6. Selalulah kedipkan mata, sbb dengan mengedipkannya, mata akan merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata yang berfungsi membuat mata menjadi lembab. Jika perlu, mata yang kering dititiskan ubat (eyemo?) untuk membuatkan mata selalu dalam keadaan lembab.

7. Boleh gunakan cermin mata khas utk pengguna komputer (works like computer filters)

8. Perhatikan cahaya di sekitar ruangan tempat menggunakan komputer. Usahakan ruangan yg cukup cahaya. Elakkan menggunakan komputer di ruangan yang gelap (tidak cukup cahaya).

9. Setelah penggunaan komputer dalam jangka waktu yang lama, istirahatkan mata minima 15 minit. Jenguk2 mata ke tempat lain (daripada monitor) untuk menyegarkan mata. Usahakan untuk melihat objek yang berwarna hijau seperti daun/pokok. Menurut para pengkaji, warna hijau mampu membuat mata kembali segar.

10. Perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin A (sayuran hijau) atau yg mengandungi beta-carotine (from veggie/fruits yg berwarna kuning) krn bagus utk mata. . Sila rujuk doktor mata jika terdapat gangguan pada mata.

Isnin, 11 Mei 2009

Makan buah sebelum makan?



Ramai orang menganggap buah-buahan dijadikan pemanis mulut selepas menikmati hidangan utama.sebenarnya,buah hendaklah ia dimakan ketika perut anda masih kosong dan ia berfunsi sebagai agen menyahtoksik dan pembekal tenaga.jikalau anda mengemari jus buah pula,elakan daripada memanaskan semula jus kerana khasiatnya akan hilang dalam susu yang tinggi.sebaiknya,makanlah keseluruhan buah kerana ia membantu proses penghadaman,mengelakan sembelit serta menyumbang vitamin dan mineral dalam badan

Susu halang barah?



Menurut ahli sains dari Australia,mereka yang minum susu akan menguatkan tulang dan menjadi benteng dalam menghalang sel-sel barah.buah dada merebak.dikatakan 70 peratus pesakit yang mengidap barah akan menyebabkan tulang menjadi reput.dengan pengambilan minuman susu segelas dan tambahan zat kalsium dan vitamin D yang lain,ia menghalang barah daripada merebak kebahagian-bahagian lain.

Anggur tinggi antioksida



Antara buah yang mengandungi kadar antioksida yang tinggi adalah anggur,menurut kajian,setiap makanan yang kita ambil perlu seiring dengan buah yang mempunyai agen antioksida untuk mengelakkan makanan tidak hadam.ia juga dapat meneutralkan apradikal bebas yang diransang terhadp tubuh seperti merokok atau percemaran 2

Kubis tingkat sistem imunisasi

Biasanya sayur kubis bukan sahaja boleh dimakan mentah,dimasak atau dijadikan ulam untuk membantu kesihatan diri.jikadibandingkan dengan sayuran lain,kubis mengandungi agen anti kanser dan dikatakan mampu mencegah ulser perut dan mengandungi anti bakteria untuk membantu meningkatkan system imunisasi dalam tubuh.

Selasa, 28 April 2009

Ten Things We Waste





Ten things we waste :-

1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it.

2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.

3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).

4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.

5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.

6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.

7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.

8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.

9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa(this world).

10. Our Dhikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not effect us or our hearts.


cerpen :hadiah terakhir tanda kasihku

Panas terik membuatkan peluh setia memunculkan diri dari celahan liang roma, "mak oi! Panas gila betul ari ni." Syaqila bermonolog sendiri. Semenjak ketiadaan orang-orang bawahannya Syaqila terpaksa melakukan kerja-kerjanya sendiri sementara pihak pengurusan sedang mengatur seorang pekerja dari operating unit yang lain bagi membantu kerja-kerjanya sementara mencari pekerja lain.
"kak Qil, boss panggil akak" Fammy kerani bertubuh kenit memanggilnya. "pulak da… apa lagi dia nak ni?! Da la kerja aku belambak belum siap" Syaqila bermonolog sendiri. Keadaan yang kelang kabut begini membuatkan suhu kemarahannya cepat naik.
"yes boss, boss cari saya ka?"
"yes, saya mau tanya sama you, siapa yang you mau ambil kerja sama you sementara kita cari orang baru and dari operating unit mana?" Mr Yap dengan logat cina bertanya kepada syaqila. "pulak da! Aku minta dorang cari orang dari operating unit lain aku juga yang kena tentukan dari mana dan siapa, adeh mak datuk! Kalau aku tau macam ni baik aku atur sendiri." Syaqila beristigafar dalam hati bagi meredahkan suhu kepanasan hatinya.
"errr… bos, saya just kenal pekerja dari central operating unit saja, saya cadangkan bos ambil Rinto saja lah bos, sebab dia da lama kerja bahagian Lab so senang sikit nak buat kerja, tak payah nak ajar lagi." Syaqila tanpa berfikir terus saja memberikan nama, apa nak buat da terdesak, lagi pun itu je makhluk yang dia kenal yang kerja bahagian yang sama dengannya Cuma dari operating unit yang lain, harapan Syaqila semoga makhluk tu nak juga kerja sementara dekat sini.
"ok, saya akan ask there boss kalau dia boleh bagi "pinjam" that boy here, sementara kita cari org" Mr Yap dalam logat cinanya menerima cadangan Syaqila. "Fuh! Lega beb! Bukan senang nak berbincang dengan manager ni, banyak sangat songehnya" sambil meminta diri dari bilik pengurus Syaqila bermonolog sendiri.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

1 Julai 2008
"Qil, akak ada hadiah sempena birthday Qil ari ni" kusss semangat mau terloncat Syaqila dibuatnya, kak Alice yang juga ketua kerani dioperating unit tempat Syaqila bekerja hanya tersengeh melihat riaksi Syaqila yang terkejut dengan kedatangannya yang tanpa salam masuk ke bilik makmal.
"kalau ya pun akak bagilah salam, kang Qil mati terkejut sapa nak urus? Qil belum buat wasiat lagi ni" Syaqila dalam bergurau memberi ingatan. Dah nasib badan memang dia jenis cepat terkejut.
"yela, yela, ka akak nak bagi hadiah birthday Qil ni, ni hadia paling besar yang Qil dapat tau, mesti Qil tak pena dapat hadiah sebesar ini" sedetik… dua detik… tiga detik… " taraaaa…. Ni dia pembantu sementara Qil dari central operating unit" dup…dap…dup…dap… oppssss !!!! stop! Alahai mak datuk ketaq la pula… Macam tak percaya ni bukan Rinto tapi ni in charge Lab kat central operating unit.
"kak, napa bukan Rinto yang kena hantar kat sini?" fuh nasib baik suara aku tak segan lagi nak keluar.
"Rinto ada masalah sikit, jadi dia tak dapat bantu Qil, tu pasal manager central operating unit hantar dia datang, ok lah akak nak keluar dulu, selamat bekerjasama" Syaqila hanya menghatar kak Alice dengan pandangan saja. Nak melompat pun ada, nak ketawapun ada, nak senyum pun ada, he3x mana taknya Syaqila da lama minat kat mamat sorang ni, orangnya kurus tinggi ntah berapa kaki tinggi tapi Syaqila paras bawah telinga lelaki ni je. Muka dia baby face, rambut belah tengah, tapi macam da jadi fasyen belah tengah terpaksala pula, mungkin sebab rambut dia da panjang kot. Dan yang paling Syaqila gila sangat kat mamat ni adalah matanya, he3x…. bulat macam garlfield but kuyu. Bulu mata lak lentik dan panjang, kening lak fuh! Macam ada kacukan arab la pulak lebat bed, di pendekkan cerita bahagian matalah mamat ni la bagi Syaqila daya penariknya. Karektor lak tak tau lagi, sebab Syaqila just pandang dari jauh je mamat ni, pernah juga terserempak kat luar tapi mamat ni tak kenal dia pun, Syaqila je yang kenal dia. But first impression Syaqila mamat ni seorang yang pendiam.
"kak, boss panggil akak dengan pembantu baru akak ni." Tu dia siapa lagi kalau bukan Fammy si tubuh genit yang menghantar pesanan bak burung merpati menghantar utusan, tapi dia tak terbangla dia jalan je, dan dia tak guna surat ikat kat kaki macam burung merpati dia cakap terus je… he3x.
" ok la, nanti kak pegi" setelah Fammy berlalu Syaqila menyambung tugasnya menyiapkan laporan, "alang-alang dah nak jumpa bos baik siapkan laporan yang memang kena hantar kat dia ni sekali jadi tak la asyik nak masuk bilik dia je" Syaqila hanya membiarkan mamat tu tunggu dia sementara dia siapkan kerja yang tinggal sikit ja lagi nak siap.
"jom Ryan, ikut aku jumpa bos" selesai Syaqila membuat kerja dia terus mengajak mamat tu pergi jumpa bos." Muka terkejut? He3x dia mungkin tak tau Syaqila da tau nama dia dia. "kenapa tak gerak lagi?, ok lah nama aku Syaqila panggil aku Qil ja, dan kamu ND Ryan kan." Pulak apasal mamat ni suka kedip2 mata eh? Da tabiat kot.
"ya!" pendek da terlebih padat jawapan daripada Ryan. Tanpa menunggu lebih lama mereka beriringan berjalan menuju ke bilik pengurus. Pintu diketuk, setelah mendengar laungan dari dalam menyuruh masuk mereka pun masuk.
"morning boss." Sapa Syaqila tanda hormat kepada tuannya.
"morning Syaqila, so kamu suda kenal antara satu dengan yang lain? Pengurus Syaqila bertanya dalam logat cinanya.
"nama da tahu bos." Pendek saja jawapan Syaqila."
"ok tak pa, so ND Ryan, this my Lab Assistance Syaqila, segala kerja you kat sini akan dia conduct, mungkin cara kerja dekat central unit dengan kilang sini tak sama tapi tak jauh beza lah." Ryan hanya tekun mendengar taklimat ringkas tentang kerjanya daripada Mr. Yap yang juga pengurus kilang. "you akan kerja di sini selama dua bulan sementara kami cari pekerja baru dan you ajar mereka, ok! Coz syaqila akan sibuk dengan projek persijilan yang akan diaudit dalam sebulan setengah ni" setelah selesai berbicara Syaqila dan Ryan pun keluar.
"dah berapa lama Ryan kerja kat Central unit?" Syaqila memulakan bicara sambil melakukan tugasnya setelah merasakan kejanggalan wujud antara mereka di ruang makmal.
"tiga tahun lebih, tapi kat makmal ni baru lagi, tak sampai setahun pun." Bagai nak luruh jantung Syaqila, mak ai! Cutenya suara dia. Suara jantan juga la but lembut tuturnya. "Qil pula da berapa lama keja kat sini?" ceh wah! Macam berbalas pantun la pula.
"tujuh tahun, enam bulan, satu hari. He3x"
"detailnya masa!" Ryan bagai tak percaya dengan jawapan Syaqila.
"yup! Coz aku masuk sini 1hb januari 2001." Sambil tersengeh Syaqila menjawab.
"ooo… kamu belajar sampai SPM ke?"
"tak, saya ada diploma in engineering."
"napa tak jadi engineer ja?"
"tak da rezeki, lagi pun susah nak dapat kerja kalau memilih." Dalam serius Syaqila mengangguk juga. Tak heran la biarpun dia dibayar gaji hari tapi meletup, rupanya qualification dia tinggi juga.
"ok la, buat sementarani kamu akan makan dekat kantin sini dan ditanggung makan ok, tiga kali, sarapan, lunch dan dinner. So ada apa2 lagi yang Ryan perlukan?"
"Errr… saya tak da bawa bantal dan cadar lah, boleh tolong bagi pinjam saya tak?" dalam malu Ryan berkata.
"oklah memandangkan Ryan sudi datang sini tolong Qil kerja, so Qil akan tolong sedia mana yang boleh ok, tapi bukan sekarang la, petang sikit ya, lagi pula bukannya Ryan nak tido sekarangkan" Ryan hanya menjawab "ok" sambil tersengeh mungkin sebab terkena sedas dari Syaqila.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

hari demi hari terus berlalu, hubungan Syaqila dan Ryan terus bertambah mesra. Sekarang Ryan adalah pekerja tetap di syarikat Medium unit tempat Syaqila berkerja merangkap sebagai pembantu Syaqila. Dijadikan cerita Syarikat Syaqila telah menggunakan satu system untuk memudahkan pihak atasan yang berada di HQ Kuala Lumpur dan HQ singapura memantau kerja-kerja setiap unit. Memandangkan sukar untuk mencari backup untuk melakukan tugas-tugas tertentu maka Syaqila telah meminta pengurusnya untuk menukarkan terus Ryan ke Medium unit.
"Ryan, aku nak Tanya kau sikit boleh tak?" suatu petang yang aman permai Syaqila memberanikan diri bertanya tentang status Ryan.
"boleh, apa kau mo Tanya?"
"kau sudah ada girlfriend ka?" fuh! Loga rasonyo, terkeluar juga soalan. Dalam serius Ryan menjawab juga.
"siapa la yang suka dengan aku ni?, pemalu, pendiam." Sebenarnya soalan ini bukan baru sekali Syaqila ajukan kepada Ryan, dah banyak kali da, sampai skrip jawapan Ryan pun Syaqila dah boleh hafal. Tapi nak percaya tu susah lah. Bukan apa Ryan ni tergolong dalam golongan lelaki yang berpotensi ada awekssss.
"pulak da? Mustahil la pulak, kau cukup syarat apa jadi lelaki idaman wanita." Syaqila masih berusaha untuk memancing Ryan.
"Betul bah, mana ada girlfriend aku." Ryan tetap mempertahankan jawapannya. Dalam hati Syaqila dah tekad "kalau begini aku memang ada peluang. He3x" Syaqila kini yakin dengan jawapan Ryan.
Dan pada tika itu bermulalah adegan ambil berat Syaqila terhadap Ryan. Happy jangan nak cerita, siapalah tak happy kalau dapat jaga lelaki idaman hati. Tapi dalam kegembiraan timbul juga kerisauan dalam hatinya, pengalaman pertama menyintai seorang lelaki yang akhirnya tersadai tanpa haluan dahulu kadang kala menghantui fikirannya. Anwar, nama yang sentiasa dihatinya, walaupun dia berada jauh dimata, namun hakikatnya namanya tetap dihati.
Namun apakan dayanya, keikhlasannya menyayangi dibalas kerapuhan bicara jujur, dan dia berharap tidak untuk kali ini.
Syaqila mengalih pandang kearah tempat duduk Ryan. "Ryan, kenapa dengan kau?" Ryan kelihatan bagai tak bermaya sekali, dahinya disentuh oleh Syaqila, sah! Ryan demam, "kau da makan ubat?" Syaqila masih lagi menyentuh dahi Ryan, hanya gelengan jawapan dari Ryan. Syaqila mengatur langkah menuju ke mejanya mengambil panadol soluble, setelah menyediakan ubat tersebut lalu disua kepada Ryan. Ryan seperti berat untuk meminumnya, tapi setelah didesak oleh Syaqila barulah dia meminumnya.
Selesai minum Syaqila melaraskan tempat duduk Ryan untuk memudahkan Ryan berbaring, kemudian barulah dia meletakkan kain basah didahi Ryan bagi mengurangkan suhu kepanasan. Sayang Syaqila semangkin tumpah, rambut Ryan dibelai, betapa nyenyak tidur Ryan tanpa ganguan.




Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hari semangkin jauh meninggalkan semalam, perhubungan antara Syaqila dan Ryan semangkin akrab, dalam diam entah bila kasih Syaqila pada Ryan mekar bertaut,
"kak za, Qil minat sangat lah dekat Ryan, kak rasa dia suka kat Qil tak?" suatu petang yang nyaman Syaqila telah memaklumkan tentang isi hatinya kepada Elliza.
"akak dah agak da Qil memang minat dekat dia, dari cara ko layan dia pun akak da tahu, Cuma akak nak tunggu Qil bagi tahu sendiri saja." Syaqila hanya tersenyum kambing dengan penjelasan Elliza yang juga adalah kakak sepupunya.
"kenapa kak? Nampak sangatkah dari cara Qil layan dia?"
"memanglah, orang buta ja yang takkan Nampak, mana ada rakan sekerja yang berlainan jantina duk sibuk watkan air dia tiap hari, siap sediakan sarapan lagi, ingat akak ni baru kemarin lahir apa?" sesedap rasa elliza memberikan perisa sambal belacan tomato versi pedas kaw2.
Tapi bagaikan peribahasa ku sangka hujan sampai ke petang rupanya hujan disiang hari, itu juga yang telah berlaku pada Syaqila, tanpa dia sendiri sedari air matanya telah deras mengalir bagai sunami tak ingin berhenti. Ryan dengan tawa bahagia berpegangan tangan beriringan berjalan, malah bukan dia sahaja melihat sandiwara sebabak itu tetapi ketua kerani puan Alice juga ada melihat sama.
"eh! Qil itu Ryan dengan girlfriend dia kah?" sambil tunduk Syaqila menjawab.
"iya lah tu." Sedaya upaya suara tangisan ditahan dari terdengar oleh puan Alice. Selesai sahaja menjawab dengan langkah yang pantas Syaqila membawa diri untuk bersembunyi bagi menenangkan rasa hati. Masakan tidak, setelah sekian lama memendam perasaan akhirnya ini yang berlaku.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"kak Liza, Qil rasa Qil nak cari kerja tempat lain lah" Syaqila memulakan perbualan bersama Eliza di suatu petang semasa engunjungi rumahnya.
"kenapa pula tiba-tiba nak cari kerja tempat lain ni?" Eliza seperti kehairanan dengan pemberitahuan Syaqila. Bukan dia tidak tahu dengan perasaan Syaqila terhadap Ryan, dan dia tahu kasih sayang Syaqila terlalu dalam buat Ryan, tidak pernah sekali seumur hidup Eliza melihat Syaqila melayan seorang lelaki seteliti layanannya terhadap Ryan, malahan bukan itu sahaja sikap kasar Syaqila juga sedikit demi sedikit telah berubah semenjak dia menyimpan perasaan terhadap Ryan. dan keadaan Syaqila juga sudah menyusut, badannya semangkin kurus, mungkin kerana terlalu makan hati. Eliza pernah bertanyakan kepada Ryan kiranya dia menyedari mengapa Syaqila melayannya begitu baik, dan Ryan juga mengatakkan dia mengerti tetapi keterlanjuran dia telah memiliki kekasih hati menyebabkan dia mengabaikan perasaan Syaqila terhadapnya.
"bukan apa kak, Qil takut Qil tak dapat face bila Ryan dah bertunang nanti, lagipun kak pun tahukan, even Ryan tahu Qil sayang dia sepenuh hati dia tetap tak akan hiraukan perasaan Qil." Dalam senyuman payah Syaqila menyatakannya.
"kenapa Qil tak bagi tahu secara terang dekat Ryan, mana tahu dia boleh pertimbangkannya." Eliza memberi cadangan.
"tak perlulah kak, ada perkara tak perlu dijelaskan dengan kata-kata, cukuplah dengan tindakan, tapi kiranya itu pun dia tak ingin memperdulikannya sudah jelas dia memang tak sukakannya. Qil dah cukup bersyukur dia tak benci Qil, dan Qil bersyukur sekurang-kurangnya Qil dapat rasa perasaan yang Qil rasa sekarang."
"So Qil nak buat apa sekarang?"
"Qil dah cari kerja, tengoklah kalau ada rezeki Qil kerja tempat lain."
"Eloklah sekurang-kurangnya Qil boleh lupakan Ryan."
"Tak kak, Qil pergi bukan sebab nak lupakan Ryan, tapi Qil nak pergi sebab Qil tak nak tindakan Qil terhadap Ryan nanti akan menimbulkan ketidak selesaan terhadap dia nanti, kalau Qil dapat lupakan dia dalam masa beberapa bulan Qil akan bersyukur, tapi jika ditakdirkan Qil akan ambil masa bertahun untuk lupakan dia Qil redha, Qil tak kan paksa diri Qil untuk lupakan dia, biarlah ia berlaku secara semula jadi." Ada sendu di tubir matanya Syaqila, dan Eliza mengerti sekiranya Syaqila sedang berperang dengan perasaan sendiri, melawan arus kasih sayangnya terhadap Ryan yang sukar dikawal.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dalam kesibukan Ryan menguruskan hal pertunangannya, Syaqila juga dengan senyap menguruskan hal perpindahannya, kepedihan dihati melihat kegembiraan Ryan menanti saat bahagianya diganti dengan senyuman plastik oleh Syaqila, biarlah rahsia hatinya kekal menjadi rahsia sehingga waktu menentukan cerita itu terungkap. Alhamdulillah rezeki Syaqila murah, dia telah ditawarkan berkerja disebuah syarikat swasta, walaupun dengan tawaran gaji yang rendah dia masih mampu tersenyum sekurang-kurangnya dia akan berada jauh. Lagi dua bulan majlis pertunangan Ryan akan berlangsung, ini bermaksud dia akan pergi sebelum majlis Ryan, walaupun dia dapat pergi jauh namun dia sedar, kenangan Ryan akan tetap bersamanya.
Lamunan terhent bila Eliza datang mendekati.
"Qil, aka nada berita nak sampaikan pada Qil" Eliza berkata dengan tenang.
"ada apa kak?" Syaqila sudah mula cemas melihat riak wajah Eliza yang kelihatan berat membaca cerita.
"Ryan kemalangan semasa balik dari KK, sekarang ada d hospital, kak Alice yang bagi tahu tadi, masa mummy Ryan call office untuk meklumkan." Wajah Syaqila sudah pucat, darah seperti bersembunyi dibalik tulangnya, degupan jantung seakan gentar memainkan iramanya.
"mana dia sekarang kak Liza?" dalam tak sedar terkeluar sebaris ayat yang dia sendiri tak pasti.
"dekat hospital Sandakan."
"Qil nak pergi lawat dia." Tanpa menunggu jawapan daripada Eliza, Syaqila sudah angkat kaki, Eliza tanpa berfikir panjang terus mengikut langkah Syaqila, takut apa-apa terjadi kepadanya dalam perjalanan kerana emosi tidak stabil.
Setibanya di hospital Syaqila terus sahaja ke kaunter pertanyaan, dan mendapat maklumat bahawa Ryan masih ditahan d Unit Rawatan Rapi. Setibanyanya di unit itu kelihatan Mummy dan Daddy Ryan sedang duduk dibangku yang disediakan, Syaqila datang mendekati mereka setelah bersalaman Syaqila terus bertanyakan keadaan Ryan, dan berita yang diterimanya hampir menyebabkannya pitam. Ryan mengalami trauma buah pinggang, sebelah telah dibuang kerana gagal berfungsi, sebelah lagi memerlukan alat bantuan, Ryan memerlukan penderma dalam masa terdekat, adik beradiknya telah membuat ujian, tapi belum ada jawapan.
Syaqila terduduk lesu di hadapan bilik Ryan ditempatkan. Melihat keadaan Ryan ketika ini membuatkan dia seperti tidak bernyawa. Hanya doa yang mampu Syaqila titipkan buat Ryan semoga Allah akan melindunginya. Dalam hatinya juga telah tertekad untuk membuah ujian tersebut, walau dia sedar mungkin peluang padanan adalah nipis.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Cik Syaqila, ujian Cik dah keluar dan saya nak maklumkan kepada cik bahawa cik mempunyai padanan dengan Encik Ryan. tapi saya nak Cik Syaqila fikir baik-baik adakah benar Cik ingin mendermakannya, sebab Cik Syaqila tidak boleh menyalahkan pihak hospital sekiranya berlaku komplikasi terhadap kesihatan Cik selepas mendermakannya."
"Ya, saya ingin mendermakannya, dan akan menanggung sendiri sebarang risiko selepas mendermakannya" Syaqila berkata setelah berdiam sejenak.
"baiklah kalau begitu sila tandatangan disini, pihak hospital akan menghubungi Cik bila pembedahan akan dilakukan"
"tapi ada satu yang saya minta dari Doktor."
"apa dia?"
"tolong rahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga Ryan"
"baik lah kalau itu permintaan Cik Syaqila"
selesai menandatangani surat pendermaan, Syaqila terus keluar untuk melawat Ryan, namun hanya dari luar cermin. Kelihatan Ryan masih lagi lesu, tanpa dipinta air matanya mengalir juga. Seandainya dia bisa menggantikan tempat Ryan dia rela menderita dari melihat insan yang amat dia sayangi menderita.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hari ini adalah hari terakhir Syaqila bekerja dengan Syarikat Warisan Holding. Sebelum beredar Syaqila ada memberikan sepucuk surat kepada Eliza untuk disampaikan pada Ryan apabila dia mula berkerja kelak. Eliza hanya menyambut dengan air mata yang bergenang di tubir mata.
"jaga diri baik-baik, banyakkan bersabar ya." Pesan Eliza hanya disambut dengan anggukan dan senyuman daripada Syaqila.
"akak pun jaga diri baik-baik, maafkan segala kesalahan Qil selama pergaulan kita ya, ada umur kita jumpa lagi" setelah bersalaman dengan rakan sekerja yang lain Syaqila terus menapak kedalam keretanya. Melihat kembali bangunan yang tersergam indah, meninggalkan memori yang melakarkan bahagia mencintengkan duka. "selamat tinggal memori, selamat tinggal Ryan"
Tit…tit..tit… deringan telefon mengganggu konsentrasi Syaqila memandu dalam hujan.
"ish! Lupa plak nak pakai ear phone." Sambil mencapai telefon syaqila melihat pada skrin tertulis "Hospital". Dalam keralitan Syaqila yang mengundang kecuaian tanpa sedar Syaqila telah memandu dalam landasan yang bertentangan, dan tanpa dia sedari ada sebuah lori kontena sedang menuju kearahnya, dengan keadaan hujan lebat menyebabkan pemandangan para pemandu tidak jelas, dan akhirnya…
"DUUUUMMMMM" satu dentuman yang menyebabkan Syaqila hilang pertimbangan mengawal kenderaan dan akhirnya telah menyebabkan kenderaannya terputar beberapa kali yang akhirnya dia tersadai di bahu jalan dengan keadaan kereta yang sudah seperti besi buruk.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Setahun kemudian
"apa khabar Ryan?" Eliza menyapa Ryan di pintu masuk ketika berselisih.
"khabar baik saja, kak Qil pergi mana ya? Dari tadi tak datang kerja lagi." Bagaikan terkejut Eliza dengan pertanyaan Ryan.
"nanti kak jumpa Ryan ya, ada benda nak bagi dekat Ryan." tanpa menjawab soalan Ryan Eliza mencela dengan perkara yang lain.
"ok, jumpa dekat mana?"
"taman depan office."
"ok! Set."

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



"kenapa kak nak jumpa Ryan dekat sini?" Ryan memulakan bicara setelah melabuhkan punggung di bangku yang disediakan ditaman bertentangan duduk dengan Eliza.
"akak nak sampaikan amanah ni." Surat di tangan dihulurkan kepada Ryan. "buka lah"
Sampul dibuka, helaian ditebar.

Askum Ryan…
Apa khabar Ryan Sekarang, hope dah bertambah sihat dan kuat, terlebih dahulu Qil nak minta maaf pada Ryan kerana telah berhenti kerja tanpa menunggu Ryan sihat sepenuhnya… bukan niat nak membelakangkan Ryan tapi masa tidak mengizinkan Qil memaklumkan kepada Ryan.
Anyway, macam mana keadaan buah pinggang Ryan sekarang? Qil harap tubuh Ryan da boleh menerima organ baru. Dokter ada memaklumkan kepada Qil bahawa pada peringkat awal, biasanya penerima organ akan mengalami penolakan pada organ baru, dan kadang kala ia memerlukan masa yang panjang untuk menerimanya, but Qil berharap dan berdoa semoga tubuh Ryan tidak mengalami kesulitan yang panjang. Secara jujur dan ikhlas Qil dermakan buah pinggang Qil pada Ryan, semoga dengan buah pinggang yang baru ini Ryan dapat meneruskan hajat Ryan, walaupun sebenarnya perkara tersebut menghancurkan hati Qil, (Qil tahu Ryan sedar perasaan Qil pada Ryan) tapi Qil juga tahu walau apa pun Qil lakukan untuk Ryan ia tidak akan dapat mengubah apa-apa. Cuma apa yang Qil dapat lakukan sekarang hanyalah berdoa semoga Ryan akan bahagia.
Qil juga nak ucapkan terima kasih sebab Ryan tidak membenci Qil walaupun Ryan tahu akan perasaan Qil pada Ryan. selain itu terima kasih juga kerana membiarkan Qil terus mencurahkan kasih sayang yang ada dalam hati Qil buat Ryan walaupun Ryan tidak mengharapkannya.
Akhir sekali Qil nak ucapkan selamat melangsungkan pertunangan dan perkahwinan, semoga berbahagia selamanya, maaf kerana mungkin Qil tidak dapat menghadirkan diri pada hari itu. Qil berharap Ryan akan dapat menerima HADIAH TERAKHIR TANDA KASIHKU.
Salam sayang, salam rindu, salam kasih
Ikhlas- Syaqila

Surat dilipat, pandangan mata Ryan bertaut dengan Eliza
"Qil kerja kat mana kak?"
"maaf Ryan, akak harap Ryan tak akan terkejut dengan berita yang akan akak sampaikan ini. Sebenarnya Syaqila telah meninggal dunia, dia terlibat dengan kemalangan jalan raya pada hari terakhir dia bekerja di sini." Pandangan Ryan seakan berpinar, bagai mimpi dia mendengar berita itu. Bagai baru semalam dia bergurau dengan Syaqila, kini dia sudah tiada setelah setahun pemergian Syaqila, baru hari ini dia mengetahuinya.
"maaf Ryan, bukan akak taknak bagi tahu Ryan, tapi akak taknak emosi Ryan terganggu dan menyebabkan kesihatan Ryan juga terjejas. Akan tak mahu pengorbanan Syaqila sia-sia, Cuma satu akak nak Ryan tahu, semua apa yang Syaqila buat ini adalah untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar menyayangi Ryan, terima lah hakikat dia telah pergi buat selamanya dan walaupun Ryan tak menghargai apa yang dikorbankanya buat Ryan ketika hidupnya akak harap Ryan dapat menghargai pemberian terakhirnya sebelum dijemput pulang."
Ryan hanya memandang kosong di tengah taman, mengenang kembali episode ketika dulu. Air mata mengalir, hanya kerana ketidak jujurannya mengakui, Syaqila pergi bersama dukanya. Longlai tubuh bergerak meninggalkan taman dimana tempat Syaqila sering melayan perasaan.
-TAMAT-

Pengajaran- berlakulah jujur, kerna kejujuran akan dapat mengelakkan derita orang lain
Perbezaan antara yang meminta maaf dengan yang ditujukan maaf:
Yang meminta maaf= hanya akan mengurangkan rasa bersalahnya.
Yang ditujukan maaf= walaupun kemaafan diterima namun ia tidak akan dapat mengubah apa2, tetap sama.

dedikasikan buat yang teristimewa...:)

AKU KAH YANG TERLEWAT (2)

Di kolej, Ika cuba berlagak seperti biasa biarpun hatinya luka apabila terpandang Amran dan Sara yang asyik berkepit ke hul ke hilir. Sejak Ika tahu tentang perhubungan mereka,pasangan itu tidak lagi berjumpa secara sembunyi-sembunyi seperti dulu.
Habis kuliah,Ika cepat-cepat mengemas bukunya.Dia ingin segera keluar dari kelas.Dia tak mahu terserempak dengan Sara,Amran apatah lagi.Dia merasakan dirinya bagaikan dipanahi halilintar apabila berhadapan dengan mereka.
Sara rapat ke meje temannya. "Ika!'
Ika tak mempedulikan.Dia terus menghayun langkah keluar.Entah mengapa,hatinya jadi sebak.Sara mengekor dan berjalan beriringan dengan Ika.
"I tahu you marahkan I kan. I'm sorry.Takkanlah you nak putuskan hubungan persahabatan kita hanya kerana perkara kecil ni?"
Langkah Ika terhenti.Muka Sara ditenung.
"Perkara kecil? Hei...dengar sini! Aku tak perlukan seorang kawan yang pandai bermuka-muka tapi menikan dari belakang.One more thing..don't you ever talk to me again..." Ika menarik nafas panjang sebelum berlalu dengan pantas.

Di belakang bangunan,Ika menekup muka ke lutut.Ika menahan tangis bagi melepaskan sebak di dada.
Maafkan aku Sra! Aku tak dapat meneruskan persahabatankita yang telah lama terjalin.Aku tak dapat terima kenyataan ini.Kau telah mengkhianati aku!
Seketika,Ika mengangkat muka dengan esak tangis yang masih bersisa.Kelibat seorang jejaka menangkap deria pandangnya.Ah,dia ni....benci aku tengok muka seposen ni.Tak sedar diri..nak bagi nasihat konon.
Ika cepat-cepat mengesat air matanya.Dia menundukkan wajah agar tidak dilihat.Izzad berlalu tanpa menghiraukan Ika.Ika menarik nafas lega.Bertemankan hati yang parah,Ika meneruskan perjalanan pulang,Dia cuba melupakan kenangan semalam tapi pertemuan dengan Sara menyebabkan kedukaan itu menerpa kembali.

"Ika... Ika..."sayup-sayup terdengar suara Lia melaung.Ika berpaling dan menghadiahkan senyum untuk Lia yang semakin menghampirinya.
"Dah nak balik ke?' Lia tercungap-cungap berlari mendapatkan Ika.
"Ha'ah..aku dah tak ada kelas.Kau ada kelas lagi ke?"
"Aku pun dah habis.Jomlah balik sama-sama!"
Mereka beriringan ke tempat menunggu bas.
"Ika,kalau aku tanya,kau jangan marah ya!"Lia seakan meminta kebenaran untuk tidak menyiggung temannya.
"Depends...if it isn't too sensitive!"
"Emm... I don't think so!"
"So,what's up?"
"Malam semalam kau jumpa Izzad kan?"
"Ha'ah...kenapa?"
"Izzad ada cerita kat aku apa yang terjadi sebab dia tahu aku nir kawan kau.Aku rasa kau tak patut buat dia macam tu!"
"Oh...Izzad mengadu kat kau la ye!"Ika senyum sinis.
"Bukan begitu tujuan dia.Dia cume nak lahirkan rasa kecewa dengan sikap kau.Kau langsung tak menghargai pertolongan dia.Aku harap kau pikirlah masak-masak perkara ni.Ika..cuba kau letak diri kau di tempat dia,apa perasaan kau?"
"Aku sendri tak tahu kenapa aku buat macam tu semalam," Ika melepaskan keluhan.

"Eh Ika,bas aku dah sampai la.Aku balik dulu ya..bye!"Lia berlari-lari nanak mendapatkan basnya.
Ika menoleh sekilas pergelangan tangan.Lambatnya bas ni,dia merungut dalam hati.Pandangan Ika terarah pada sebuah teksi yang sedang menghalanya.Dia bingkas bangun dan menahan.Teksi berhenti dan Ika segera masuk.
"Damansara Height!" dia memberitahu sebaik berada dalam perut teksi.
Belum sempat teksi berlalu,seorang jejaka menahannya.Teksi berhenti. Sebaik pintu dibuka...mata Ika terbeliak. Izzad Yusri??

"Damansara Height!" Izzad memandang pemandu teksi.
" Bolehlah,dua-dua satu jalan." Izzad terus ambil tempat di sebelah Ika. Teksi meluncur laju. Penumpang di dalam perut teksi buat-buat tak nampak,masing-masing melayan perasaan.
Sampai di destinasi,teksi berhenti. Memandangkan mereka turun di tempat yang sama,tambang teksi dibahagi dua. Ika kemudiannya terpaksa berjalan pantas untuk mengatasi langkah panjang Izzad yang sudah pun jauh ke hadapan. Dia perlu berbicara dengan anak muda itu.
"Izzad!" Ika akhirnya melaung.
Izzad tidak menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti. Suara Ika lenyap dibawa angin. Ika menghentikan langkahnya.
"Izzad,saya nak mintak maaf pasal hari tu. Saya tak berniat nak sakitkan hati awak," Ika menelan liur.Amat payah kalimat itu hendak diucapkan.
Izzad yang berdiri di bahu jalan untuk melintas masih buat tidak tahu.
Ika naik angin apabila kata-katanya tidak dipedulikan. Berlagak nak mampus. Dah kita mintak maaf dia nak jual mahal pulak.
"Hei….awak dengar tak apa yang saya cakap ni?" Ika meninggi suara mengatasi deruman enjin kereta yang baru saja lalu. Namun Izzad tetap begitu. Macam orang bodoh lagaknya.
Ika yang berdiri di belakang tidak ada pilihan lain. Dia menarik lengan Izzad.
"Saya nak mintak maaf ni!"
Izzad memandang tepat ke dalam bola mata Ika.Ika lemas menerima tenungan itu. Akhirnya pegangan tangan dilepaskan perlahan-lahan.
Izzad tersenyum, menampakkan lesung pipit yang menawan di kedua belah pipinya. Tanpa sepatah kata dia mengalih semula ke arah jalan sambil bibirnya mengukir senyum – dapat juga dia mempermainkan gadis ini! Dalam asyik melayan fikirannya yang berjaya mengenakan Ika,Izzad terus membuka langkah dan melintas tanpa menoleh ke kiri dan kanan.
"Izzad!" Ika menjerit ketika sebuah kereta meluncur jauh ke arah Izzad.
Izzad yang mendengar jeritan itu sempat mengelak. Dia melontarkan badannya ke bahu jalan lalu jatuh tersembam.
Pemandu kereta itu memberhentikan keretanya dan meluru keluar untuk melihat keadaan Izzad.
"Bagaimana keadaan dia?" dia bertanya pada Ika yang sudah meluru mendapatkan Izzad.
"Saya tak apa-apa…Cuma luka ringan saja!"
" Boleh saya tolong apa-apa yang patut?’ pemuda itu tampak cemas.
Ika melihat tangan Izzad yang luka.
"Tolong hantar kami ke rumah saya di sana," Ika menuding ke jari ke sebuah banglo putih di hujung jalan.

"Mak Odah! Mak Odah!"
Terkocoh-kocoh Mak odah datang membuka pintu.
"Ya Allah…kenapa ni?" muka Mak odah nampak cemas.
"Kawan Ika kemalangan. Mak Odah tolong ambil kotak first aids dalam bili mama ye!" Ika mengarah sambil membantu Izzad duduk.
Mak Odah patuh. Ika pula bergegas ke dapur dan kembali semula dengan sebesen air suam. Seketika Mak Odah kelam-kabut muncul dengan kotak putih yang diminta Ika.
"Ada apa-apa yang Mak odah boleh tolong?"
"Tak apalah Mak odah..Ika boleh uruskan sendiri,"Ika senyum pandang Mak odah sekejap sebelum pandangan di arah kembali pada Izzad yang nampak keruh di muka menahan sakit.
"Kalau macam tu, biar Mak odah ke dapurlah ye."
Ika angguk. Mak odah berlalu pergi.
Ika membasahkan tuala kecil lalu membersihkan luka pada lengan Izzad. Dengan berhati-hati dia menyapu ubat dan membalut luka Izzad. Dalam pada itu Izzad pula leka menatap dengan penuh minat seraut wajah yang berada di hadapannya.
"Dah siap. Macam mana rasa sekarang?" Ika mengemas kotak first aids.
"Kalau gadis secantik Ika yang merawat tentulah sakitnya tak terasa," Izzad berseloroh.
"Sakit-sakit pun boleh bergurau lagi.Kita ni punyalah risaukan dia…." Ika memasamkan muka.
"Ika risau? Dulukan Ika bencikan saya?" Izzad menduga.
"Haaa,pasal malam tu…saya mintak maaf. Sya terlalu ikutkan perasaan waktu tu," Ika kembali mengingat permasalahan yang belum selesai.
"Dah lama saya maafkan."
"Betul ni?"
"Betul!" Izzad tersengih.

"Amboi..rancaknya berbual!"tegur Mak Odah dari belakang.Dah puas berbual..mari kita makan," Mak Odah mengajak.
"Emm….tak payahlah. Saya nak mintak diri..nanti sepupu saya ternanti-nanti pulak," Izzad menolak pelawaan untuk makan tengahari.
"Sepupu?" Ika menyoal kembali.
Izzad mengangguk.
Namun Mak odah tetap mengajak. Izzad akhirnya akur untuk mejamu selera di rumah Ika.
Selesai makan, Izzad meminta diri setelah mengucapkan terima kasih kepada Mak odah.
"Biar saya hantar awak!" Ika menawar khidmat.
"Tak payahlah.Rumah sepupu saya bukannya jauh sangat…biar saya berjalan saja,"sekali lagi Izzad menolak.
"Let me take you there. Lagipun tangan awakkan luka lagi.." Ika terus mencapai kunci kereta.
"Kaki yang berjalan,bukannya tangan!" Izzad sengih.
Ika menjeling dan memasamkan muka.

"Thanks a lot!" Izzad berbahasa.
"Don’t mention it!" Ika tersenyum.
Izzad masih membatu di dalam kereta.Ada sesuatu yang ingin diberitahu tapi entah kenapa kerongkongnya rasa tersekat.Ah,aku lelaki….mesti berani.Izzad berpaling memandang Ika.
"Can I be your friend?" Izzad telan air liur. Betul ke aku telah ucapkannya?
"Yeah…we’re friends!" Ika engguk.
"I mean….."
"Jangan teruskan kata-kata awak tu. Saya belum bersedia…"Ika memutuskan.
Memang hatinya menyukai Izzad tapi masih terlalu awal untuk serius. Luka berpisah dengan Amran sendiri belum terubat,masakan dia boleh mencari pengganti.
"Saya faham..saya akan tunggu hingga tiba saat tu. Bukan baru hari ini saya perhatikan awak..sudah lama!" Izzad terus membuka pintu kereta dan melangkah keluar.
Ika terpaku.Pantas ingatannya menerawang mata yang memandangnya di kafe. Siapa lagi kalau bukan Izzad. Dia tidak tahu Izzad ada maksud lain di sebalik renungan itu tapi apakan daya…hatinya telah diserahkan kepada Amran,jejaka yang berjaya menghancurkan hatinya.
Ika memejam mata.Adakah ini ujian dariMu,ya tuhanku!

Khamis, 23 April 2009

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.







Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Wanita: Di Mana Hilangnya Malu?





SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.



Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.

Kenapa Dia Curang?






Sakitnya hati! Orang yg kita cintai telah berlaku curang dalam diam. Paling teruk, ada yg melakukannya terang-terangan di depan mata! Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!

Hidup Terkongkong
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.

Rasa Marah
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

Rasa Rendah Diri
Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!

Sering Berjauhan
Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!

Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.

Komunikasi Yang Hambar
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.

Landasan Hubungan Yang Rapuh
Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!

Merasa Tidak Dihargai
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan “membalas” dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.

Mahu Lebih Bahagia
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.

Sikap Yang Mengada-ngada
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.

Hubungan Terlalu Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.

Sikap Playboy!
Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.

Ada Orang Tidak Puas Hati
Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!
 

[L]i[F]e S[t]Y[l]E. Design By: SkinCorner