Sabtu, 16 Mei 2009

tanya pada sape..angelika this indi music band..


Angelika - Tanya Pada Siapa


Tanya sama pokok , Kenapa bergoyang
Nanti pokok bilang , Ada monyet yang goncang
Lagi-lagi duka , Lagi-lagi lara
Kau katakan aku yang mula semua

Oh kau telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidka mengerti

1,2,3 langkah kita bermula
4,5,6 siang tanpa kelam
7,8,9 kau kuibarat intan
setia mentari terus menerangi

@Hari demi hari masa lemas terjalan
Sinaran mentari seakan bosan
Kau kata ku tak setia , Ku bilang kau gila
Hubungan kita ada yang tak kena

#Antara oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata , siapa yang harus disalah

Ulang * (2x) , ulang @ , ulang # , ulang * (2x)

Antara Oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata kita mula bertanya
Kenapa , mengapa.. kenapa oh mengapa
Siapa yang harus disalah

Oh.. Kau tlah mencuri
Oh Hatiku , pulangkanlah
Oh semula, ku tak mahu
Oh cintaku , kau miliki

Oh kao telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidak mengerti..

Hafiz Juara AF7 - Tepati Ramalan!


Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Aril anak emas Astro dan pastinya menjuarai pertandingan realiti TV, Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) ternyata sesuatu yang tidak benar.

Hakikat ini kerana Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak telah dipilih sebagai juara AF7 yang telah berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Dengan memperolehi undian SMS terbanyak iaitu 46 peratus daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti peminat AF7 untuk menjuarai pertandingan itu. Hafiz menewaskan 4 finalis lain iaitu Aril yang mendapat 22 peratus di tempat kedua, Akim (18 peratus), Yazid (9 peratus) dan Isma (5 peratus) .



Kehebatan Hafiz terbukti apabila beraksi dengan mantap menerusi lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain serta lagu baru Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan AD Samad.

Kemenangan manis Hafiz malam tadi juga membuktikan peserta lelaki telah tampil merampas semula takhta AF daripada 2 peserta wanita sebelum ini iaitu Mila dan Stacy.

Hafiz membawa pulang pelbagai hadiah lumayan iaitu sebuah kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, wang tunai RM20,000, pakej percutian ke New York untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), kamera U130 Olympus, Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), jam tangan Hugo Boss, bekalan Brand Innershine selama setahun (Cerebos), telefon bimbit Nokia 5730 Xpress Music serta trofi.

Sementara itu, Aril atau Khairil Azam Pilus, 24, dari Kuala Lumpur yang sebelum ini diundi masuk beraksi dengan tidak kurang lincahnya menerusi lagu baru, Toksik dan Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi.

Dengan kemenangan itu, Aril berjaya memenangi wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan Maybelline, kamera U1030 (Olympus), Set Karaoke Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss serta trofi.

Tempat ke-3 menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu-minggu terakhir AF7. Kemenangan itu melayakkan Akim memenangi wang tunai RM8,000, pakej percutian tajaan Maybelline, Camera F3320 Olympus serta trofi.

Berasal dari Johor Bahru, Akim berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru, Bengang.

Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat ke-4 apabila menyampaikan lagu Dewa 19, Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi.

Kejutan terlihat pada Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila menduduki tempat ke-5 menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan… Godaan hasil ciptaan suaminya Zul dan Slen.

Ironinya, Isma yang menjadi satu-satunya finalis wanita tunggal dalam final AF7 seringkali menduduki tangga teratas dalam carta undian sebelum ini. Malangnya, kakak kepada penyanyi Tomok ini tidak berjaya mengekalkan kedudukannya itu walaupun persembahannya bertenaga dan vokalnya mendapat pujian pengkritik.

Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada semua bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini, Rubisa, Zizi dan Sidi.

Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6, Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan oleh Bunkface.

Konsert itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dengan dibantu Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato' Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie.

Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya AF7 sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi.

Khamis, 14 Mei 2009

Joo Ji Hoon ditahan kerana dadah

Bintang popular Korea, Joo Ji Hoon telah ditahan pada 26 April yang lepas kerana terlibat dengan dadah. Pelakon kacak yang membintangi watak utama dalam drama popular Korea ‘Princess Hour’ atau ‘Goong’ ini telah ditahan pihak polis pada 28 April yang lepas kerana menyeludup, membawa dan menggunakan dua bahan terlarang iaitu Estacy dan Ketamin

. Selain daripada Joo, kes ini turut melibatkan seorang aktor Korea Yoo Seol Hee dan juga seorang model negara itu, Ye Hak Young. Joo Ji Hoon mengakui mendapat bekalan barang haram tersebut daripada dua orang rakannya. Dalam satu kenyataan lain,pihak polis Korea turut menyatakan bahawa ini adalah kes pertama di negara itu yang melibatkan selebriti menyeludup dadah untuk kegunaan sendiri. Kes ini dijangka akan memberi tamparan besar dan mencalarkan nama pelakon popular ini.

Paris Hilton si gedik yang mempesonakan

Walaupun dirinya dilahirkan dalam suasana keluarga yang berada, Paris sendiri menyatakan bahawa dirinya tidak betah duduk diam di rumah tanpa membuat apa-apa pekerjaan. Sekurang-kurangnya duit yang dia perolehi itu boleh menampung hobinya yang suka berbelanja. Pada tahun 2003-2004 dia memperolehi pendapatan sebanyak USD$2 juta, USD$6.5 juta pada tahun 2004 dan USD$7 juta pada tahun berikutnya atas usahanya dalam bidang peragaan, berlakon filem, menyanyi dan bermacam-macam lagi.

Walaupun Paris terkenal dengan sikap ‘playgirl’, boros, mengada, gedik dan bermacam-macam perangai yang menyusahkan, kebanyakan lelaki jika ditanya amat mendambakan teman wanita seperti Paris Hilton. Tak percaya? Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah laman web dan 60 peratus pengunjung lelaki yang melawati laman web itu memasukkan nama Paris Hilton sebagai ‘future girlfriend’ mereka. Emm...menakjubkan dan rata-ratanya berkata walaupun Paris berperangai begitu tetapi wajah manisnya boleh membuatkan mereka tidak dapat tidur malam!

Waheeda sudah bergelar isteri Akhil Hayy?


Zaman semakin berubah, kemodenan sentiasa menanti. Pembangunan pula tidak kurang pesatnya namun masyarakat kian lemah dari segi pemikirannya. Dalam kehidupan orang seni pula, hiburan adalah matlamatnya selain memberi mesej tertentu bergantung pada ahli karyanya. Baik dan buruk sesuatu bergantung kepada penerimaan para penonton yang menilainya. Apatah lagi bagi sesetengah masyarakat gosip dan kontroversi itu sesuatu yang menghiburkan sehingga sukar untuk segelintir individu menjalani kehidupan bersendirian kerana diperhatikan.

Seperti artis wanita bertudung ini, Waheeda turut menerima tempias yang mengatakan dia menjalin hubungan dengan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy. Ada juga pihak yang menyifatkan mereka telahpun bertunang dan berkahwin. Tanggapan itu ternyata menjadi keraguan semua pihak yang terus mempertikaikan keperibadian mereka yang lebih islamik berbanding artis lain. “ Saya kini sudah menjadi iseri Akhil Hayy tapi hanya dalam ‘Cafe Akhil Hayy’. Oleh kerana musim lalu saya telah memegang watak tersebut jadi, saya akur dengan ketetapan pihak terlibat. Kami senang bekerjasama dan ibu saya turut terlibat sebagai tetamu dalam cerita yang akan datang ini,” ujar waheeda ketika memberi penjelasan kepada MH tentang hubungan cinta yang dimaksudkan itu.

Teruskan Niat Walaupun Disalaherti
“Perkara ini tidak perlu diperbesarkan. Kami bukan buat benda yang mencurigakan sebaliknya kami berkerjasama untuk meneruskan niat kami berdakwah untuk masyarakat selain mencari rezeki. Lebih baik kita bercerita mengenai sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada semua daripada kita menambah andaian yang bukan-bukan dan mempengaruhi minda orang lain untuk mempercayainya. Hiburan sekarang sewajarnya mengalami perubahan, kenapa isu yang nyata kurang diketengahkan sebaliknya cerita yang tidak pasti dan baik unsurnya kurang mendapat sambutan. Sepatutnya isu yang nyata dan melibatkan masalah sosial sepatutnya diberi perhatian supaya masyarakat mendapat maklumat dengan jelas. Sebaliknya hanya gosip yang tiada kesahihan yang suka sangat diperkatakan. Di mama tanggungjawab kita sebagai masyarakat yang prihatin. Kita semua kena mainkan peranan yang penting dalam pembentukan ummah yang harmoni,” jelas Waheeda lagi.

Cabaran Bergelar Ibu Tunggal Di Usia Muda


Tapi sama ada bercerai mati mahu pun bercerai hidup, seorang wanita yang bergelar ibu tunggal atau janda, harus memikul tanggungjawab yang berat. Selain terpaksa menyara kehidupan sendiri mereka juga terpaksa menyara anak-anak. Satu lagi tanggungjawab yang harus dipikul oleh wanita yang bergelar ibu tunggal ialah selain menjadi ibu kepada anak-anak dalam masa yang sama terpaksa menjadi seorang ‘ayah’.
Fenomena ibu tunggal membesarkan anak-anak sendirian kini seolah-olah menjadi satu kelaziman malah masyarakat tidak lagi mengalami kejutan apabila seorang ibu tunggal mampu membesarkan anak-anak yang ramai seorang diri tanpa bantuan suami. Mereka juga menghadapi lebih banyak kesukaran terutama daripada aspek kewangan.

Kalau dilihat kebanyakan ibu tunggal mungkin terpaksa mulai bekerja di luar rumah untuk pertama kalinya untuk memenuhi keperluan kewangan keluarganya dengan gaji pertama yang tidak begitu banyak. Mengikut kajian, kurang dari 50 peratus bekas suami yang bersedia untuk menanggung hidup anak-anak setelah berlakunya perceraian.

Ada satu perubahan tambahan yang terjadi dewasa ini, iaitu ibu tunggal yang telah menjanda, bercerai atau ditinggalkan suaminya, biasanya kembali ke rumah orang tua mereka. Semua ini berlaku apabila seseorang ibu tunggal itu tidak mempunyai sebarang punca pendapatan untuk menyara kehidupan diri sendiri dan juga anak.

Walau bagaimana pun ramai juga di kalangan ibu tunggal yang memilih untuk hidup sendiri bersama anak-anak kerana enggan menyusahkan keluarga. Ada banyak bukti yang menunjukkan bahawa anak-anak akan menjadi lebih baik jika tinggal di rumah bersama minimum dua orang dewasa, tidak kiralah orang dewasa yang selain daripada ibu mereka itu terdiri daripada sama ada misalnya nenek, datuk dan ibu saudara.

Seorang ibu tunggal sering kali dibebani dengan pelbagai tanggungjawab, tidak mempunyai ruang untuk menikmati hidup dan tidak ada kesempatan untuk memikirkan dirinya sendiri kerana terlalu banyak masa dan perhatian dicurahkan kepada anak-anak. Maka tidak hairanlah jika golongan ibu tunggal mengalami tekanan.

Minggu ini MW menyingkap pengalaman yang dilalui oleh wanita yang bergelar ibu tunggal terutama dalam usia yang muda. Susah payah membesarkan anak-anak sendirian serta bagaimana mereka menghadapi pandangan masyarakat yang sering memandang serong kepada golongan ibu tunggal.


Kuatkan semangat demi anak-anak - Munawaroh Haji Mustapha

“Ketika mula-mula bergelar ibu tunggal, saya seolah-olah kehilangan tempat berpaut. Jika selama ini segalagalanya diharapkan daripada suami tetapi kini selepas kehilangan suami kira-kira empat tahun yang lalu, saya terpaksa menerima hakikat bahawa Allah lebih menyayangi arwah.

Saya bergelar ibu tunggal dalam usia 30 tahun dan ketika itu anak-anak saya masih kecil. Sebelum arwah meninggal saya tidak pernah bekerja dan segala keperluan ditanggung suami tetapi selepas pemergian suami, saya harus tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan. Dengan tulang empat kerat, saya berusaha untuk mencari pekerjaan demi untuk menyara diri sendiri dan juga empat orang anak yang masih kecil.

Mungkin bagi golongan ibu tunggal yang memiliki pekerjaan mereka tidak terlalu terasa sangat. Tetapi bagi saya yang tidak pernah bekerja, ia merupakan suatu ujian yang amat mencabar. Saya redha dengan ketentuan Allah dan demi anak-anak saya bangkit dan menguatkan semangat demi masa depan anak-anak yang ditinggalkan oleh arwah suami.


Perlu kawal emosi - Surayahany Mohamed Said

“Memang tidak dapat dinafikan bukan mudah menjalani hidup sebagai seorang ibu tunggal. Mana tidaknya, jika dahulu urusan rumah tangga dan menguruskan anak-anak diuruskan bersama tetapi selepas ketiadaan suami, semuanya terpaksa diuruskan sendirian. Rutin harian saya selalunya bermula pada waktu pagi dengan menghantar anak-anak ke sekolah terlebih dahulu sebelum saya bertolak ke tempat kerja.

Segala urusan tiga orang anak-anak perempuan semuanya saya urus sendiri. Secara tidak langsung ia mengajar saya untuk hidup berdikari. Pada mulanya agak sukar juga sebab sebelum ini suami banyak membantu tetapi selepas ketiadaan arwah, saya belajar untuk menguruskan anak-anak sendirian. Saya bernasib baik kerana bekerja, jadi saya masih ada sumber pendapatan.

Cuma saya perlu lebih berjimat cermat bagi menampung kos kehidupan diri sendiri dan juga anak-anak. Antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu tunggal ialah untuk menyediakan kos sara hidup yang tinggi setiap bulan selain menghadapi kerenah anak-anak yang semakin meningkat remaja.

Inilah Wajah Bayi Erra Fazira!


Usianya kini lebih sebulan dan yang pasti, bayi yang anda tatap di atas itu adalah Engku Aleesya - buah hati pengarang jantung pasangan popular Erra Fazira Wan Chek dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin!


Rasanya inilah pertama kali wajah anak Erra dan Emran itu disiarkan untuk tatapan peminat dan gembira dapat berkongsi gambar Engku Aleesya yang comel itu dengan semua pengunjung ke blog sye ini. Tentunya Aleesya kini semakin cerdik seperti mana mama dan papanya itu.

Kalau mengikut perancangan, Erra dan Emran hanya ingin mendedahkan wajah Aleesya ketika upacara mencukur jambul selepas pantang tidak lama lagi tetapi LIFE STYLE telah berjaya mendapatkan gambar Aleesya terlebih dulu daripada seorang kenalan rapat.


Ketika ini Erra sedang memulihkan susuk tubuhnya dan dia dijangka akan kembali aktif dalam bidang seni apabila benar-benar bersedia. Kita ucapkan tahniah kepada pasangan Erra dan Emran yang berjaya mencapai impian mereka dalam berumah tangga apatah lagi dengan kelahiran Aleesya.

Kes Khalwat Ako Mustapha Dengan Anang Sagunting

Pelakon terkenal Ako Mustapha terkedu dan kehilangan kata-kata sebaik menerima keputusan kes khalwatnya sebentar tadi. Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu. Selepas menunggu hampir enam jam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini memutuskan untuk menangguhkan sementara hukuman penjara terhadap Ako.

Ako meminta seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di perkarangan mahkamah menjadi penjaminnya semasa mencari penjamin yang mesti merupakan kakitangan awam. - foto MSTAR

Ako diberi tempoh 14 hari mulai hari ini untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk tidak dipenjarakan berhubung kes khalwat. Sementara itu, peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman mengesahkan Ako telah membuat bayaran sebanyak RM5,000 selepas dikehendaki menjelaskan hukuman denda sebanyak RM3,000 dan bon jaminan RM2,000 dengan penjamin kakitangan awam.

Zuri juga berkata dia akan memfailkan rayuan itu dalam masa dua hari ini.Aktor yang baru berkahwin itu terpaksa akur dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Ako ditemani kenalannya, Shahrin Halim ketika keluar dari mahkamah. - foto MSTAR

Beliau hanya mampu berkata: “No komen. I’m still digesting (Tiada komen. Saya masih cuba menerima keputusan ini).” Ako hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh abangnya, Muhaimi Ahmad Mustapha dan kenalannya Shahrin Halim. Dalam pada itu, Shahrin berkata dia merasakan Ako akan terselamat daripada hukuman penjara itu.

“I don’t think he deserves jail sentence,” katanya.

Terdahulu, di perkarangan mahkamah, Ako kelihatan disyorkan Shahrin untuk meminta seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi penjaminnya. Bagaimanapun, wartawan tersebut menasihatkannya agar cuba mendapatkan kakitangan awam lain kerana masih ada 40 minit sebelum pejabat mahkamah tutup.

Penjamin Ako bukan merupakan wartawan tersebut.

Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.

Januari lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako setelah empat kali dia gagal hadir ke mahkamah, dan menetapkan tarikh hari ini untuk sebutan semula kes. [sumber]

Selasa, 12 Mei 2009

tips kuruskan badan tanpa ubat

Ucapan Laillahaillah

Tip kuruskan badan tanpa ubat
Ada tips skit:


" Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Tips penjagaan mata utk kita yg mengadap PC

1. Pilihlah monitor yang berbentuk LCD/plasma sbb monitor ini dipercaya lebih baik daripada monitor model lama.

2. Jagalah jarak mata anda dengan monitor komputer. Jarak paling ideal antara mata dan monitor adalah 30 cm.

3. Adjust monitor sejajar dengan mata, jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi. Adjust sehingga kita rasa selesa dengan posisi antara kepala (mata) dan monitor.

4. Adjust warna pada monitor sehingga sedap dipandang mata, tidak terlalu terang sbb ini menyebabkan mata menjadi silau. Juga jangan terlalu gelap sbb akan menyebabkan mata bekerja terlalu keras sehingga membuat mata menjadi cepat kering.

5. Adjust screen refresh rate menjadi 75 htz..caranya jika anda pakai windows XP klik kanan pada desktop-properties-setting-advanced-monitor-lihat kolum screen refresh rate, atur menjadi 75 htz.

6. Selalulah kedipkan mata, sbb dengan mengedipkannya, mata akan merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata yang berfungsi membuat mata menjadi lembab. Jika perlu, mata yang kering dititiskan ubat (eyemo?) untuk membuatkan mata selalu dalam keadaan lembab.

7. Boleh gunakan cermin mata khas utk pengguna komputer (works like computer filters)

8. Perhatikan cahaya di sekitar ruangan tempat menggunakan komputer. Usahakan ruangan yg cukup cahaya. Elakkan menggunakan komputer di ruangan yang gelap (tidak cukup cahaya).

9. Setelah penggunaan komputer dalam jangka waktu yang lama, istirahatkan mata minima 15 minit. Jenguk2 mata ke tempat lain (daripada monitor) untuk menyegarkan mata. Usahakan untuk melihat objek yang berwarna hijau seperti daun/pokok. Menurut para pengkaji, warna hijau mampu membuat mata kembali segar.

10. Perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin A (sayuran hijau) atau yg mengandungi beta-carotine (from veggie/fruits yg berwarna kuning) krn bagus utk mata. . Sila rujuk doktor mata jika terdapat gangguan pada mata.

Isnin, 11 Mei 2009

Makan buah sebelum makan?



Ramai orang menganggap buah-buahan dijadikan pemanis mulut selepas menikmati hidangan utama.sebenarnya,buah hendaklah ia dimakan ketika perut anda masih kosong dan ia berfunsi sebagai agen menyahtoksik dan pembekal tenaga.jikalau anda mengemari jus buah pula,elakan daripada memanaskan semula jus kerana khasiatnya akan hilang dalam susu yang tinggi.sebaiknya,makanlah keseluruhan buah kerana ia membantu proses penghadaman,mengelakan sembelit serta menyumbang vitamin dan mineral dalam badan

Susu halang barah?



Menurut ahli sains dari Australia,mereka yang minum susu akan menguatkan tulang dan menjadi benteng dalam menghalang sel-sel barah.buah dada merebak.dikatakan 70 peratus pesakit yang mengidap barah akan menyebabkan tulang menjadi reput.dengan pengambilan minuman susu segelas dan tambahan zat kalsium dan vitamin D yang lain,ia menghalang barah daripada merebak kebahagian-bahagian lain.

Anggur tinggi antioksida



Antara buah yang mengandungi kadar antioksida yang tinggi adalah anggur,menurut kajian,setiap makanan yang kita ambil perlu seiring dengan buah yang mempunyai agen antioksida untuk mengelakkan makanan tidak hadam.ia juga dapat meneutralkan apradikal bebas yang diransang terhadp tubuh seperti merokok atau percemaran 2

Kubis tingkat sistem imunisasi

Biasanya sayur kubis bukan sahaja boleh dimakan mentah,dimasak atau dijadikan ulam untuk membantu kesihatan diri.jikadibandingkan dengan sayuran lain,kubis mengandungi agen anti kanser dan dikatakan mampu mencegah ulser perut dan mengandungi anti bakteria untuk membantu meningkatkan system imunisasi dalam tubuh.

 

[L]i[F]e S[t]Y[l]E. Design By: SkinCorner