![]() |
---|
Seperti artis wanita bertudung ini, Waheeda turut menerima tempias yang mengatakan dia menjalin hubungan dengan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy. Ada juga pihak yang menyifatkan mereka telahpun bertunang dan berkahwin. Tanggapan itu ternyata menjadi keraguan semua pihak yang terus mempertikaikan keperibadian mereka yang lebih islamik berbanding artis lain. “ Saya kini sudah menjadi iseri Akhil Hayy tapi hanya dalam ‘Cafe Akhil Hayy’. Oleh kerana musim lalu saya telah memegang watak tersebut jadi, saya akur dengan ketetapan pihak terlibat. Kami senang bekerjasama dan ibu saya turut terlibat sebagai tetamu dalam cerita yang akan datang ini,” ujar waheeda ketika memberi penjelasan kepada MH tentang hubungan cinta yang dimaksudkan itu.
Teruskan Niat Walaupun Disalaherti
“Perkara ini tidak perlu diperbesarkan. Kami bukan buat benda yang mencurigakan sebaliknya kami berkerjasama untuk meneruskan niat kami berdakwah untuk masyarakat selain mencari rezeki. Lebih baik kita bercerita mengenai sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada semua daripada kita menambah andaian yang bukan-bukan dan mempengaruhi minda orang lain untuk mempercayainya. Hiburan sekarang sewajarnya mengalami perubahan, kenapa isu yang nyata kurang diketengahkan sebaliknya cerita yang tidak pasti dan baik unsurnya kurang mendapat sambutan. Sepatutnya isu yang nyata dan melibatkan masalah sosial sepatutnya diberi perhatian supaya masyarakat mendapat maklumat dengan jelas. Sebaliknya hanya gosip yang tiada kesahihan yang suka sangat diperkatakan. Di mama tanggungjawab kita sebagai masyarakat yang prihatin. Kita semua kena mainkan peranan yang penting dalam pembentukan ummah yang harmoni,” jelas Waheeda lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan