selamat datang ke blog ACHIKLIFE.BLOGSPOT.COM...blog yang memaprkan penulisan aku seharian yang melibatkan gaya kehidupan seharian..moga u'll terhibur...
reka bentuk rumah anda dengan perabot pilihan anda. Kami sedia membantu anda merelisasikan impian anda..Kehidupan anda akan lebih selesa selepas ini..Kami Mampu Mengubahnya..Perabot pelbagai jenis kayu yang berkualiti dan juga reka bentuk yang pasti menjadi pilihan masyarakat zaman sekarang...Berminat?Sila Hubungi AMAR : 0127814680/WAN : 0127767610...
anda ingin menjadi perusaha OTAK-OTAK BATU PAHAT?Kami penggedar OTAK-OTAK BATU PAHAT yang kini semakin popular di negeri JOHOR. Dan kami juga menyediakan perkhidmatan catering untuk majlis keramaian. Kami juga menyediakan AIR CIKONG, ABC dan CENDOL untuk tempahan minuman. Untuk Maklumat lanjut Sila hubungi AMAR : 0127814680
Nikmati hidangan istimewa Nasi Lemak Double Hot Chiken di DHC Yong Peng Johor.Pastinya membuka selera anda semua. DHC menyediakan pelbagai menu masakan kegemaran anda selain menu special iaitu Nasi Lemak Double Hot Chicken. Beroperasi Dari Jam 5.00pm hingga 3.00am. Harga yang berpatutan yang mampu dinikmati oleh semua pelanggan. Kami juga menyediakan perkhidmatan catering untuk majlis2 keramaian. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Pn. Fauzi di talian 01431206702
J0m +3ng0k W@y@ng
m@j@l@h Bul@an !n!
Profil Beauty And The Brain Juliana Evans. Usah kamu menyangka dia gadis sombong jika pertama kali bertemu dengannya. Tetapi apabila sudah mengenali siapa Juliana Evans, kamu akan katakan dia cantik, comel, petah dan gila-gila. Dekati dan kenali dirinya, si comel yang semakin mendapat perhatian ini.
Ada kala kegembiraan, ada kala kedukaan, semuanya hadir untuk menduga sejauh mana keimanan dan keinsafan diri. Perjalanan hidup yang dilalui Arni Nazira, seorang anak seni yang pernah merakamkan album pada 1997 ini agak berliku. Ada kala pasang, ada kala surut. Dia ingin mengecapi detik bahagia setelah lama merakamkan episod duka dengan pengalaman silam yang tidak ingin dikenang semula. Kini Arni membuka diari baru dalam mencorak perjalanan hidupnya. Nona mendapat berita dari Terengganu dan cuba merisik risik soal ‘pernikahan’ dan siapakah suami yang bertuah memiliki hati Arni.
Ena, bertanding untuk tambah keyakinan diri Pertama kali mengenali Sharifah Fatinah As-Sagaff Syed Othman As-Sagaff atau mesra dengan panggilan Ena, dia amat pemalu. Ena tidak percaya apabila terpilih sebagai salah seorang Finalis Pencarian Cover Girl Dara.com/Safi Balqis 2008/2009. Namun dia menunjukkan semangat dan kesungguhan dengan tiba lebih awal pada sesi fotografi yang dijanjikan. Ena anak bongsu daripada empat adikberadik ditemani ibunya pada hari itu.
HAZWAN & AAMIRAH..Kepemimpinan menbentuk jati Diri.."Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.". Bagi Hazwan, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor tidak pernah termimpi untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Pelajar. Beliau mula terlibat dengan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP) pada penghujung tahun 2006 ketika berada di tingkatan 2.
@LbuM
Nama Album : Arus Qudus. Nama Penyanyi : Yasin . Ulasan : Selepas enam tahun tidak muncul dengan album, penyanyi/ komposer Yasin yang sinonim dengan irama "World Music" kini muncul dengan album barunya berjudul "Arus Qudus". "Arus Qudus" merupakan album solo ke-3 beliau, dan tampil dengan konsep "World/ Global Music" di mana ia merangkumi beberapa genre muzik antara lain; Rock, Balada, "Urban" dan Etnik. Tema utama yang diserap melalui lagu-lagu baru ini adalah berunsur inspirasi Inspirational melalui lirik yang kebanyakannya adalah nukilan Yasin sendiri. Single "Arus Qudus" dan "Bismillah" mengenengahkan guitarist "Man Kidal" yang dibawa dalam genre Rock. Single 'Kuala Lumpur' pula membawa genre muzik urban yang mana diterbitkan bersama SAL (producer dari Dubai). Lagu ini diselitkan hawa nusantara dengan tiupan seruling Mohar (Mohram). Kali ini Yasin juga mengenengahkan lagu-lagu Balada, antaranya "Kau Yang Mengetahui", "Hampir PadaMu" dan "Hidup Memang Payah". Album ini menampilkan pemuzik-pemuzik ternama tanahair seperti Zahid Ahmad (Drum), Ramli Rebana (Perkusi), Nan (Guitar), Kelly (Bass), Rudi (keyboards), Rosdi (Perkusi), Charmaine (Violin), Salleh (Brothers), Arnieza, Aliah (Phlowtron), Sham (penyanyi dari Dubai), Akbar dan Joe Flizzow. Yasin mengaku bahawa penerbitan album kali ini amat memuaskan kerana kebanyakan lagu yang terkandung di dalamnya adalah hasil ilham beliau sendiri mengikut citarasa dan inspirasi peribadi beliau.
Nama Album : Lentera Timur Nama Penyanyi : Dato' Siti Nurhaliza Ulasan : LENTERA TIMUR merupakan album terbaru Dato' Siti Nurhaliza yang telah pun dipasarkan, mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, Siti hanya mengahsilkan album berkonsepkan pop selama beberapa tahun. Kerinduan peminat akan terubat dengan penghasilan terbaru menerusi album Lentera Timur yang membawa maksud lampu atau cahaya timur. Justeru pemilihan tajuk amat memberikan peranan kerana Siti mahu mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus permodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik nusantara atau timur. Lebih bermakna, 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar), Cinta Ini (Katon Bagaskara)Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad),Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan), Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) dan Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah). Siti yang amat berpuas hati dengan komitmen para penerbit album kali ini amat berharap agar Lentera Timur akan dapat mengembalikan kegemilangan industri muzik Malaysia. Kualiti menjadi keutamaan dalam semua aspek penerbitan album ini termasuk menggunakan live strings bagi semua lagu. Menurut Siti, walaupun lagu-lagu dalam album ini berentak tradisional tetapi susunan muzik dibuat mengikut citarasa zaman kini iaitu mendapat sentuhan muzik moden. Namun jatidiri muzik dan penggunaan alat muzik tradisional amat dititikberatkan dalam penghasilan tiap lagu. Siti berpendapat dengan mengetengahkan muzik tradisional kontemporari dia bukan sahaja dapat mengajak peminat baru atau remaja untuk mencintai muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatu yang baru dalam lagu-lagu Melayu masa kini. Album terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. ini diedarkan oleh Suria Records dalam bentuk cakera padat. Album ini telah mula dipasarkan sejak 26 Disember lalu dalam bentuk cakera padat dengan harga RM29.90.
Nama Album : Lesson Of The Season Nama Penyanyi : Bunkface (Bunkface Production) Ulasan : Kehadiran mereka memang tidak dijangkakan oleh semua peminat muzik tanahair. Pertama kali mendengar album mereka, persis penyanyi mat salleh di luar negara. Tapi, cukup membanggakan apabila yang didengar itu adalah anak-anak muda tempatan yang cukup berbakat dan kreatif. Bunkface muncul pertama kali dengan album mini berjudul Bunkface, Lesson Of The Season. Lagu-lagunya cukup menyegarkan. Antara lagu-lagu yang terselit di dalam album ini adalah seperti Tired Mission, SillyLilly, HighSchool Rocker, Fine, Land of Hope dam Last Minute. Lagu SillyLilly dan HighSchool Rocker menjadi pilihan utama pendengar muzik rock alternatif kerana ianya cukup catchy, segar dengan bunyi muzik yang berbeza dari lagu-lagu rock alternatif yang pernah anda dengar di Malaysia. Kesemua lagu dan lirik dicipta sepenuhnya oleh vokalis kumpulan yang berasal dari bandar Klang, Sam. Peminat setia boleh layari www.myspace.com/bunkface
0 ulasan:
Catat Ulasan