
Pemandangan terbit fajar dari atas balkoni banglo dua tingkat ini memang cukup mengasyikkan. Suara ciap miap burung memecah keheningan dan kedinginan pagi yang tenang ini. Aku dibuai dalam keasyikan panorama ciptaan Tuhan ini. Oh…. Damainya!
"Oit, Cik Natasya Sofea, dah tak de keje lain ke dalam rumah ni kau duduk termenung kat situ!". Kedengaran suara sinis lagi membingitkan memecah keheningan pagi yang mendamaikan ini.
'Argh! Apa lagi lah yang mamat ni nak pagi- pagi buta ni. Tak boleh tengok orang senang sikit agaknya.',getusku dalam hati. Aku menarik muka masam jelas tak senang dengan tindakan lelaki ini yang
"Ye Encik Asyraf Dato' Sayid Kamarul, ade ape-ape yang boleh saya bantu?, jawabku sinis jelas memandang tepat pada jejaka yang telah merosakkan moodku ini.
" Cik Natasya Sofea , ingat sikit status kau dalam rumah ni.You are just my maid okay! So, let me remind you . Please don't act as a princess here, get it! You are just not deserve for it!! Faham!, jerkah Asyraf dengan nada riak diringi hilai tawanya yang cukup mengguris perasaanku tika itu.
Aku tak mampu berkata-kata apa-apa.Aku hanya mampu tunduk memandang lantai dan menahan kolam air mataku daripada tumpah.Mahu sahaja waktu itu aku membalas kata-katanya namun aku
Dengan nada terketar-ketar aku menjawab ringkas, "Faham". Malas mahu memanjang-manjangkan cerita.
" Hmm..Baguslah kau faham . Sekarang aku nak kau siapkan breakfast aku macam biasa pagi ni. Cepat sikit! Aku dah lapar ni. ", perintah Asyraf kepadaku serupa lagak seorang raja pada orang suruhannya.
'Hah, geramnya!, gertakku dalam hati.
Tanpa sebarang kata, aku segera beredar dari situ dan menuju ke dapur. Aku segera menyiapkan breakfast bagi 'tuan muda Asyraf' ini.Hot chocolate, half-boiled egg,roti bakar dan sedikit buah-buahan sebagai dessert merupakan breakfast harian bagi ' tuan muda Asyraf ' ini.
Setelah selesai menghidangkan makanan di atas meja makan, aku segera meluru ke kamarku. Aku menghempaskan badanku dia atas tilam bagi melampiaskan keletihanku sebentar tadi. Kolam air mataku berderai lagi tanpa ku sedari. Mungkin masih tersinggung dengan kata-kata Asyraf sebentar tadi. Hilai tawanya yang cukup menyakitkan hati masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Pantas air mataku merembes keluar.
" Kenapa ni Sofea?," Kedengaran suara lembut seseorang yang amat kukenali. Tnpa kusedari, rupa-ripanya Mak Jah telah duduk memerhatikanku di birai katil. Entah berapa lama dia duduk di situ pun , aku pun tak tau.
" Eh, Mak Jah. Bila Mak Jah masuk? Sofea tak perasan pun.", soalku diiringi senyuman yang sekadar dibuat-buat. Pantas aku menyeka air mataku yang masih bersisa dengan lengan bajuku. Bimbang Mak Jah mengesyaki sesuatu.
" Sofea menangis ya? Kena marah dengan Asyraf lagi ke , nak? , soal Mak Jah sambil mengusap-ngusap lembut rambutku.
" Eh, tak de lah Mak Jah. Sofea okay je. Mak Jah ni ade-ade je la .', jawabku menyembunyikan senduku.
Lama Mak Jah merenungku.
" Sofea jangan nak tipu Mak Jah. Sekali tengok pun Mak Jah tau.Kalau ade masalah , ceritalah Sofea. " tenang sahaja suara Mak Jah menuturkannya.Kata-katanya ibarat panah yang menusuk kalbu gadis seperti aku.
Aku segera memeluk Mak Jah dan menangis semahu-mahunya .Tak tertahan lagi rasa hati menyembunyikan segala gejolak di jiwa.
'' Mak Jah, kalaulah mama masih ada lagi mesti Sofea lagi happy tinggal kat sini..kataku berjeda. Sofea mesti lagi kuat kalau ada mama. Sofea dah tak tahan lagi tinggal kat rumah ni!",kataku separuh menjerit diiringi esakan yang tiada henti.
Mak Jah menepuk-nepuk bahuku cuba menenangkan perasaanku.
" Sofea , kalau mama masih ada lagi, dia mesti nak Sofea terus berbakti dengan keluarga Dato' Sayid Kamarul. Balas jasa mereka selama ni.Dia mesti nak Sofea terus tabah , walau apa pun rintangannya." , pujuk Mak Jah.
Satu persatu memori dan kenangan sewaktu arwah mama masih ada di sini tergambar di kotak fikiranku ibarat wayang bisu. Aku dan mama tinggal di rumah ini seawal aku berusia empat tahun. Arwah mama terpaksa menjadi ibu tunggal setelah ayah terlibat dengan satu kemalangan lori di Johor Bahru semasa menghantar barangan ke Singapura.. Saat itu aku baru tiga tahun menjengah dunia dan saat itu juga mama hilang punca pendapatan kerana mama cuma suri rumah tangga.Mujur ada insan yang prihatin seperti Dato' Sayid Kamarul dan isterinya Datin Sofiera. Mereka menawarkan mama berkhidmat sebagai orang gaji di rumah ini. Sejak detik itu, aku sering menjadi bahan cacian dan hinaan Asyraf anak kedua pasangan berkenaan yang juga seusia denganku. Lebih – lebih lagi kami bersekolah di sekolah yang sama sejak tadika sampailah sekarang. Aku seringkali menangis tetapi mama selalu menenangkanku. Jika dihitung-hitung sudah lebih 13 tahun aku membesar di rumah banglo mewah ini. Dan sudah genap 2 tahun pemergian arwah mama ke rahmatullah akibat penyakit paru-paru berair yang kronik. Kini, aku menjadi anak yatim piatu.Aku cuma ada Mak Jah tempat aku mengadu dan bermanja. Mak Jah merupakan pembantu rumah yang lebih lama berkidmat di rumah ini berbanding mama.
Aku meneruskan kata-kata.
" Mak Jah, Sofea tau memang jasa keluarga Papa Sayid dan Mama Sofiera terlalu banyak . Tak terhitung rasanya. Mereka anggap Sofea macam anak mereka sendiri.Abang Mie dan Diana pun macam tu. Tapi Asyraf.." .Aku tak dapat meneruskan kata-kata.
" Emm..sudahlah tu Sofea. Jangan terlalu ikutkan sangat hati tu. Tahun ni kan Sofea nak SPM. Tak baik simpan dendam pada orang. Cubalah berbaik-baik dengan Asyraf tu. Mak Jah tau dia tu baik budaknya tapi mungkin egonya tinggi. Sabar ye". Pujuk Mak Jah lagi.
Aku sekadar tersenyum hambar.
.........................................................................................................
Pagi itu, setelah selesai breakfast, aku mencium tangan Mak Jah dan bersiap-siap ke sekolah. Di depan pintu, kelihatan Asyraf sedang mencium tangan mamanya, Datin Sofiera. Dia sempat mengukir senyuman sinis ketika ternampak kelibatku. Aku mulai berasa tak sedap hati.
" Entah apa lah kali ini', bisik hati kecilku.
Asyraf pun berlalu pergi ke sekolah menaiki kereta Mercedez Benz mewah bersama Dato' Sayid Kamarul yang dipandu oleh Pak Mat.
Aku turut bersalaman dengan Mama Sofiera . Mama Sofiera tersenyum manis .
Aku meluru ke basikalku di garaj rumah.
" Argh!! Dah agak dah! Damn boy! Ni mesti keje budak Asyraf tu. Tak de orang lain lagi la ni. Kalau sehari tak cari pasal dengan aku tak boleh "omrtku dalam hati.Ternyata Asyraf nak mengenakan aku pagi tu. Kedua-dua tayar basikalku dipancitkannya.
" Alamatnya terpaksalah aku naik bas pagi ni. Takkan nak menyusahkan Pak Mat kot. Tak baik macam tu." fikirku.
Aku segera memulakan langkahku ke bus stop berdekatan. Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi.
"Mana bas ni. Dari tadi tak nampak batang hidung." getusku dalam hati. Aku mundur-mandir di situ. Untung saja beberapa minit selepas itu ada sebuah bas yang lalu di situ.Aku segera melangkah memasuki perut bas itu.
Tepat jam 7.30 pagi, bas yang ku naiki sampai ke destinasi yang dituju. Aku segera meloloskan diri di celah-celah orang ramai untuk keluar dari perut bas itu.
Tapi..pintu pagar telah bertutup . Kelihatan dua orang pengawas sekolah yang bertugas sedang mencatit nama pelajar yang datang lewat ke sekolah. Mereka menyoal siasat seperti pegawai FBI saja lagaknya.
. Aku melihat jam ditangan. Pukul 7.33 pagi. Patutlah pintu pagar bertutup. Pengawas –pengawas di sekolahku memang pantas dan efisien . Pukul 7.30 pagi
lagi mereka dah tutup pagar. Aku pun tak terkecuali disoal siasat dan dicatit nama oleh mereka. Rasa sebal mula menghuni hatiku. Sudahlah tayar basikalku dipancitkan Asyraf , kena naik bas , lewat ke sekolah malah namaku dicatit pengawas orang yang lewat datang ke sekolah.. Benci! Benci! Kalau lah Asyraf tak pancitkan tayar basikal aku , mesti semua ni tak jadi, bentakku dalam hati.
Tiba-tiba kelihatan muka makhluk yang merosakkan pagiku bersama rakan-rakan baiknya Daniel dan Hakim. " Hah, Asyraf lagi. Tak de orang lain aku nak jumpa kat sekolah ni. Dah la rosakkan mood aku pagi-pagi ni". Bisik hati kecilku.Aku meneruskan langkah ku ke kelas sebelum mamat bertiga itu menghadang laluanku.
" Korang ni tak de keje lain ke kacau orang pagi-pagi buta lagi.", pantas saja aku bersuara setelah mereka memperlakukan aku sebegitu.
Tiba-tiba Asyraf ketawa berdekah-dekah diikuti rakan-rakannya. Aku semakin marah dengan tindakan mereka. Aku cuba meneruskan langkah namun mereka terus menghalang.
" Guys, cuba tengok maid aku ni. Dah pandai berlagak dengan aku. Tak sedar diri betul. For your information, dia ni berangan nak jadi princess kat rumah aku. Jangan mimpilah lah Cik Sofea oii..",selamba saja Asyraf menuturkannya di depan rakan-rakannya itu.
Dalam hati Tuhan sajalah yang tahu bagaimana perasaanku saat ini.
Aku terus cuba meneruskan langkah tapi dihalang lagi.
" Dah la datang lambat! Padan muka dia kena tulis nama dengan pengawas tadi. Buat malu aku aje.", jerkah Asyraf lagi disambut hilai tawa rakan-rakannya . Kali aku betul-betul marah.Hatiku mendidih.
" I'm sick of you Asyraf! Jangan ingat aku tak tau apa yang kau dah buat kat basikal aku pagi tadi. I'm truly sick of you. Aku nak datang lambat ke ape ke ,suka hati aku lah. Kau peduli ape. It's none of your business.Dah lah aku nak lalu.Excuse me!",balasku dengan perasaan marah yang meluap-luap sambil berlalu meninggalkan mereka.
" Sofea, kenapa ni ? Kenapa tak pegi rehat? What's wrong with you?, Kedengaran suara lembut Tasha, teman baikku menyapaku.
" As usual and as you know. " , jawabku malas sambil meletakkan dagu di meja.
" Ni mesti pasal Asyraf kan? Kalau tak , takde la kau jadi macam ni.Apa lagi yang dia buat kat kau?, tanya Tasha meminta kepastian.
" Yelah Tasha.Sape lagi. Kau nak tau ape yang dia buat pagi tadi?
Tasha hanya mengangguk-ngangguk.
" Dia pegi pancitkan tayar basikal aku. Terpaksalah aku naik bas tapi masa aku sampai sekolah pintu pagar dah bertutup. Sudahnye nama aku pun kena ambik dengan prefect plus soal siasat macam aku buat salah besar aje. Pastu , budak Asyraf tu saje pulak tu nak blok-blok jalan aku dengan geng dia yang bajet handsome tu. Kerek betul mamat tu.Geramnye aku!, jelasku bersungguh-sungguh dengan penuh perasaan. Sakit betul hati aku teringatkan peristiwa pagi tadi.
Tasha hanya tergelak-gelak melihat aksiku itu. Aku mula menggaru-garu kepalaku yang tak gatal. " Kenapa kau gelak,Tasha? Aku bukan cerita benda yang humor pun.",soalku padanya kehairanan.
" Mana lah aku tak gelak. Kau tu bercerita dah macam peserta Raja Lawak dah. Siap dengan action plus mimik muka lagi. Geli hati aku tengok.", jelas Tasha sambil ketawa mengekek-ngekek.
" Tasha! Aku cakap betul-betul kau main-main pulak"… getusku sambil mengeluh.
" Ok..ok.. Sekarang aku tak nak main-main. Now i'm serious. Kenapalah kau tak boleh berbaik-baik dengan dia? Dah macam cat and dog. Jumpa je gaduh. And one thing aku nak tanya, kenapa kau tak nak pegi sekolah naik kereta je. Pak Mat hantar. Kan lagi senang.Tak payah mengadu tayar pancit lagi."soal Tasha bertubi-tubi sambil tersenyum.
" Cik akak, banyak nye soalan. Mane satu kau nak aku jawab hah. Pasal naik kereta pegi sekolah tu sebenarnya Papa Syid dah lama minta aku buat macam tu tapi aku je yang tak nak. Aku tak nak menyusahkan family Papa Sayid dan Mama Sofiera. Dia orang tu dah banyak sangat berbudi pada aku.Aku ni just anak orang gaji je. Lagi selesa naik basikal daripada naik kereta Mercedez Benz mewah papa Asyraf tu. Nanti orang kata demand lebih pulak" kataku sambil ketawa.
" Erm..betul jugak ape yang kau kata tu. Tapi kan kau tak pernah ade hati ke dengan Asyraf tu . Dia tu handsome ,kaya pulak tu . Budak-budak perempuan kat sekolah ni pun ramai yang tergila-gilakan Asyraf tu. Kau hari-hari jumpa dia. Kat sekolah jumpa .Balik rumah pun jumpa. Kalau akulah dah 'sambar ' je budak tu." , celoteh Tasha sambil tersenyum-senyum.
" Tasha, stop making nonsense okay. Aku dengan dia tu macam langit dengan bumi. Kalau setakat handsome, kaya tapi hati busuk buat ape. Melambak-lambak kat luar tu aku boleh cari yang seribu kali lagi baik. Kau tak tau perangai dia kat rumah. Tengking aku ,perintah entah ape-ape lagi. Menyampah aku tengok. Nasib baik tak satu kelas. Kalau tak sakit kepala aku tengok. Mimpi di siang hari lah aku nak suka kat dia. Kalau kau nak ambik je la. ", jawabku sambil mencuit hidung Tasha.
" Eii... Sofea ! Sakit lah! , Tasha mengaduh kesakitan sambil mengurut-ngurut hidungnya.
" Kau jangan cakap macam tu Sofea. Nanti kau yang tersangkut kat dia aku tak tau. Biar padan muka kau." sambung Tasha lagi.
Kami sama-sama ketawa.
...............................................................................
Tak lama lagi , cuti pertengahan tahun akan bermula. Para pelajar tingkatan 5 Dinamik nampaknya sedang sibuk berkira-kira aktiviti yang bakal mereka lakukan bagi mengisi cuti selama lebih 2 minggu itu. Ada yang mahu pergi bercuti, mengikuti kelas tuisyen dan bermacam –macam lagi. Pada waktu rehat sebegini, aku sememangnya malas hendak melangkahkan kaki ke kantin sekolah.
Tiba-tiba bahuku ditepuk seseorang. Aku tersentak seketika.Aku segera memalingkan mukaku.
" Lah Tasha! Kau ni buat aku terkejut je. Salam tak de, suara tak de. Nak gugur jantung aku dibuatnya. Nasib baiklah aku tak de sakit jantung. Kalau tak sia-sia je aku mati katak kat sini tau!", marahku sambil menjengilkan mata pada Tasha.
Tasha hanya ketawa mengekek-ngekek.
" Kalau kau mati katak aku lah yang susah. Tak pasal-pasal kau jadi hantu datang cekik aku malam-malam. Tak nak aku.",gurau Tasha sambil ketawa.
Aku hanya menjeling disulami senyuman pada Tasha.
" Okaylah. Sorry..sorry. Aku saje je tadi. Tengok kau mengelamun sorang-sorang kat sini. Dah ade plan ke untuk holiday ni? , sambumg Tasha sambil memandangku.
" Erm... entahlah. Tak de lagi. Lagi pun kan tahun ni kita nak SPM. Aku rasa lagi baik kalau isi masa dengan tuisyen ke ape ke. Belum ade ape-ape plan lagi. Tengoklah dulu.", jawabku malas.
" Yelah.. betul jugak cakap kau tu. Aku pun belum plan apa-apa lagi. Tapi kan Sofea, papa aku ada ajak pegi holiday kat Pulau Pangkor seminggu. Seminggu lagi tu bolehlah aku pegi tuisyen. ", celoteh Tasha mula berkira-kira. Keceriaan nada suaranya membuatkan aku terhibur.
" Suka hatilah kau Tasha", jawabku sambil tersenyum.
………………………………………………..
Malam itu seperti biasa , aku akan makan semeja bersama keluarga Papa Sayid. Memang aku senang dengan kemesraan dan layanan yang baik keluarga Papa Sayid padaku. Mereka tak pernah menganggap aku sebagai seorang anak orang gaji. Namun , aku tak suka meminta-minta. Cukuplah apa adanya.
" Erm , sebenarnya ada something yang papa nak discuss dengan kalian . ", ujar Papa Syid memulakan bicara.
Kami semua mengalihkan pandangan pada Papa Sayid.
" Ade ape papa ? Macam best je bunyinye!", soal Diana dengan nada ceria.
Papa Sayid meneruskan bicara.
" Papa ingat nak bawa kamu semua pergi holiday dekat Cameron Highland cuti sekolah ni. Papa pun free. Lusa cuti sekolah so kita akan bercuti seminggu kat situ. Semua setuju?", ulas Papa Sayid sambil meminta kepastian daripada kami.
Senyuman yang terukir di wajah kami semua seolah-olah mengiakan cadangan papa itu.
Tiba-tiba Diana bersuara lagi.
" Yey! Bestnye! Papa, Kak Sofea ikut sekali kan ? , soal Diana sambil memandangku.
Belum semapat Papa Syid menjawab , Asyraf memintas.
" Alah. Buat apa bawa Sofea tu. Diakan anak orang gaji je . Membazir duit je bawak dia.", kata Asyraf selamba tanpa memikirkan perasaan aku waktu itu.
" Asyraf , jaga sikit mulut tu.Jangan nak jadi biadap ye. Mestilah Sofea ikut sekali.", marah Mama Sofiera sambil menjengilkan matanya.
Aku hanya tertunduk dan menahan perasaan sebak di dada. Terasa senak sekali dadaku tika itu. Namun kucuba tabahkan hati supaya kelihatan kuat di mata keluarga Papa Sayid. Aku tak mahu mereka tahu apa yang sedang bersarang di dadaku saat ini.
" Mama Sofiera, Papa Sayid .. Sofea rasa betul cakap Asyraf tu . Tak payah lah bawak Sofea sekali.Banyak lagi perkara yang mesti Sofea lakukan kat rumah ni sepanjang tempoh cuti tu." , Aku bersuara cuba meredakan ketegangan yang berlaku sebentar tadi. Aku tak mahu wujud sebarang perbalahan dalam keluarga ini cuma gara-gara aku.
" Dah Sofea, Sofea tak perlu cakap apa-apa lagi. Apa pun papa dan mama pasti akan bawa kamu. Walau apa pun, kita tetap satu family. Kami tak pernah anggap Sofea macam orang luar ataupun orang gaji",kata Papa Sayid jelas mempertikaikan keputusan aku sebentar tadi.
Hatiku sebak. Aku sekadar mengangguk perlahan.
Keceriaan jelas terpancar pada wajah Diana , Mama Sofiera dan Abang Mie. Namun tidak pada Asyraf. Dia menunjukkan riak tidak berpuas hati . Dia merenungku tajam.
.....................................................................
Masa berlalu pantas. Cuti sekolah pun bermula. Hari itu, pagi-pagi lagi Mama Sofiera meminta kami bersiap-siap untuk memulakan perjalanan kami ke Cameron Highland.
Perjalanan yang mengambil masa lebih dua jam dari Kuala Lumpur ke Cameron Highland itu membuatkan badan ku terasa lenguh sekali. Mujur kereta MPV jenama Toyota Estima ini bersaiz besar dan memberi keselesaan kepada kami. Sepanjang perjalanan , sesekali aku terlena.
Pejam celik, kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Kereta yang kami naiki meluncur laju memasuki halaman sebuah rumah banglo yang berdekatan dengan sebuah tasik yang indah.Kami terpegun dengan suasana yang begitu indah itu.
" Guys, dah sampai pun kita. Ni suprise untuk semua. Papa dah lama book tempat ni untuk holiday kita. What do you think guys ? Is it great?", bicara Papa Sayid sambil memndang kami semua.
" Papa, it is more than great. Diana tak pernah expect papa book tempat cantik macam ni. Thank you papa!", jerit Diana ceria sambil memeluk papanya.
Kami semua turut gembira. Kami pun segera mengeluarkan bagasi dan segala peralatan yang kami bawa dari bonet kereta.
Aku mengelilingi banglo dua tingkat ini bersama-sama Diana dan Abang Mie. Pada pemerhatianku , struktur rumah ini tak jauh beza dengan banglo mewah Papa Sayid . Namun reka bentuk perabotnya lebih menyelitkan unsur gaya Eropah yang tampak lebih eksklusif dan mewah. Dinding batu-bata di tambah serombong asap di bahagian ruang tamu membuatkan kami terasa seperti berada di luar negara. Lokasinya yang berada dekat dengan tasik dan pepohon menghijau tersangat mendamaikan dan menyerlahkan gaya.
Aku dan Diana memilih untuk tidur berdua di satu bilik di tngkat atas banglo ini. Sengaja kami memilih kamar ini kerana lokasinya strategik dengan kehadiran balkoni yang membolehkan kami menatap pemandangan indah di situ.
" Kak Sofea ,cantikkan rumah ni. Ada tasik pulak tu. Diana sukalah rumah ni. Nanti kita jalan-jalan kat tasik pulak nak?", celoteh Diana seraya melabuhka punggung di birai katil.
Sememngnya, Diana yang berada di Tingkatan 2 ini sangat ceria dan manja orangnya. Almaklumlah dia anak bongsu dan puteri tunggal dalam keluarga Dato' Sayid Kamarul.
Pantas saja dia diberikan perhatian special daripada papa dan mamanya.
Aku sekadar tersenyum memerhatikan gelagatnya itu.
......................................................................
Keesokan harinya, Papa Sayid membawa kami semua melawat sebuah ladang teh yang berhampiran . Lokasinya lebih kurang sebatu perjalanan dari rumah yang kami diami.Suasana yang hijau ini sememangnya sejuk mata memandang. Aku berjalan sendirian merentasi lereng-lereng bukit yang telah ditarah ini.
" Ermm..dah mulalah budak sorang ni berangan . Dah macam tak de keje lain ". Tiba-tiba kedengaran satu suara yang menyentuh gegendang telingaku.
" Argh! Asyaraf lagi..Asyraf lagi..., getusku dalam hati.
" Hai, Encik Asyraf, kau ni memang tak boleh tengok aku senang sikit kan. ", keluhku.Perasaan sebal mual menguasai diri.
" Hey, kau ingat sikit okay. Stop acting like that with me . You are not deserved to do that. Ku ingat mama dan papa aku dah suka kat kau , kau boleh besar kepala. Hey, listen to me. To me, kau tu tak lebih daripada seorang maid je ", jerkah Asyraf.
Ingin sahaja aku menampar pipinya ketika itu. Tapi aku tahankan. Aku segera berlalu dari situ membiarkan Asyraf sendirian . Padan muka. Malas aku nak layan karenahnya tu.
" Macam dah tak de modal lain nak marah aku. Bosan betul", omelku sambil mencebikkan bibir.
Pelbagai aktiviti yang kami sekeluarga lakukan sepanjang percutian ini. Aku terasa amat gembira sekali. Sudah bermacam tempat menarik yang kami lawati. Ladang teh., ladang strawberry, ladang sayur-sayuran .dan macam –macam lagi. Paling seronok apabila kami diberi peluang memetik seberapa banyak strawberry yang kami mahu untuk dibawa pulang. Kegamatan pasar tani yang terdapat di kawasan yang beriklim sejuk ini sangat menyeronokkan . Kami turut berkunjung ke sebuah pasar menjual pelbagai jenis cenderamata bagi pengunjung seperti kami. Rambang mata aku dibuatnya. Di sini, aku membeli sedikit cenderamata sebagai ole-ole buat Tasha.
Diam tak diam , sudah masuk seminggu kami bercuti di sini. Pagi itu, usai solat Subuh, aku menjengahkan pandangan di balkoni kamarku. Kedinginan suhu di tempat ini mencengkam hingga ke tulang hitam. Aku membetul-betulkan selendang di leherku. Namun kesejukan tetap menyelubungiku. Aku terus melemparkan pandangan pada keindahan terbit fajar ciptaan Tuhan ini.
" Subhanallah", ucapku dalam hati . Sememangnya aku kagum dengan kebesaran Tuhan yang menciptakan semua ini.
Hari itu, Papa Sayid bercadang untuk mengajak kami semua memancing dan berkelah di tasik berdekatan rumah ini memandangkan hari ini merupakan hari terakhir percutian kami di sini.
"Wah, nampak gaya boleh dapat ikan besar abang hari ni", ujar Abang Mie padaku.
Aku sekadar melemparkan senyuman . Aku amat memahami hobi Abang Mie yang satu ini. Memancing. Pantang ada peluang pasti dia tak melepaskannya.
Pagi itu, Cuma Papa Syid, Abang Mie dan Asyraf sahaja yang memancing. Manakala aku, Diana dan Mama Sofiera hanya berkelah di tepi tasik berkenaan sambil memerhatikan gelagat mreka bertiga memancing. Sesekali kedengaran suara Abang Mie terjerit-jerit apabila umpannya mengena. Kami semua hanya ketawa melihat keletahnya yang sedikit keanak-anakan itu.
Aku dan Diana mengambil kesempatan untuk mengelilingi tasik ini sambil menikmati keindahan alam sekitar.
" Sofea , Diana . Kamu berdua jangan pergi jauh-jauh sangat tau. Be careful okay young ladies.", pesan Mama Sofiera pada kami.
Kami pun berjalan perlahan-lahan menyusuri tebimg tasik yang indah ini. Diana merakam keindahan tasik ini dengan kamera digital kesayangannya.
" Kak Sofea , jom kita pergi kat sana tu nak. Nampk tu. Ade banyak bunga teratai lah", ajak Sofea padaku.
" Diana tak payah lah . Jauh sangat tu. Tadikan mama Diana dah pesan . Kalau jadik apa-apa susah pulak." , ingatku pada Diana. Aku khuatir akan keselamatan kami.
" Ala Kak Sofea . Kejap je. Jomlah. Diana nak rakam bunga teratai tu. Cantiklah kak", pujuk Diana lagi.
Akhirnya, aku terpaksa akur dengan permintaannya itu. Kami pun mengatur langkah menuju ke tempat yang dikatakan Diana. Sememangnya terdapat banyak bunga teratai yang terapung –apung di situ.
Aku cuba membongkok untuk mengambil salah satu bunga teratai di tebing tasik itu.
Namun , malang tak berbau. Secara tiba-tiba kakiku terpelecok dan aku tak mampu mengimbangi diri.
BUSSHHH!! Aku terjatuh ke dalam tasik itu. Aku sememangnya tak pandai berenang. Tercungap-cungap aku cuba mencari udara. Dadaku turun naik. Terasa air tasik ini mula membasahi tekakku.Serta-merta, pandangan ku gelap.
.............................................................................................................................
Aku cuba membuka mata perlahan-lahan. Silauan cahaya matahari yang mengintaiku memedihkan pandanganku. Terkebil-kebil aku setelah melihat Papa Sayid , Mama Sofiera , Abang Mie , Diana dan Asyraf sedang berdiri mengelilingiku. Aku memicit-micit kepalaku. Pening. Pndanganku terasa berpinar-pinar.
" Ermm.. Sofea kat mana ni? Apa sebenarnya yang jadik kat Sofea?,"soalku lemah sambil cuba bangun dari pembaringanku.
" Sofea ade dalam biliklah. Tadi Sofea terjatuh dalam tasik masa nak ambik bunga teratai. Sofea tak ingat ke?", jawab Mama Sofiera sambil memandangku.
" Oh yeke... Entah.. Sofea tak ingat apa-apa. Kepala Sofea sakit. ", ucapku sambil memicit-micit kepala.
" Kak Sofea nak tau tak apa yang jadik tadi. Abang Asyraf jadi hero selamatkan Kak Sofea masa akak jatuh kat tasik tadi. Menggelabah betul dia bila dapat tau akak lemas kat tasik tu. Cepat-cepat dia terjun nak selamatkan akak", kata Diana bersungguh-sungguh.
Aku mengalihkan pandangan pada Mama Sofea seakan meminta kepastian.Wujud rasa tak percaya dengan omongan Diana sebentar tadi.Masakan dia sanggup menyelamatkan ku sedangkan selama ini dia sangat membenciku.
Mama Sofiera sekadar mengangguk sambil tersenyum
Saat ini muncul riak wajah kehairanan padaku dengan apa yang telah terjadi.
Aku kalih pandangan pada Asyraf pula. Dia kelihatan tersipu-sipu malu namun masih menampakkan kemachoannya.
" Terima kasih Asyraf, kalau kau tak tolong tadi , Entah ape yang jadi agaknya", ucapku malu-malu pada Asyraf. Tak pernah aku mengatakan ucapan seperti itu pada Asyraf. Ini pertama kali barangkali.
Asyraf sekadar mengangguk-ngangguk.
Perasaanku terasa aneh saat itu. Wujud rasa bersyukur atas perubahan sikap Asyraf padaku. Aku bagaikan terlupa seketika sikap dinginnya sebelum ini padaku.
" Erm.. Baguslah Sofea dah sedar. Tengah hari nanti kita bolehlah lunch sama-sama. Makan ikan talapia yang Abang Mie pancing tadi", ujar Papa Sayid smbil memandang pada Abang Mie.
" Wah. Dapat makan sedaplah kita semua hari ni", sampuk Diana.
Kami semua ketawa.
Petang itu, usai solat Zuhur, kami pun bertolak pulang meninggalkan rumah banglo indah ini menuju ke Kuala Lumpur. Sesungguhnya, berat sekali hatiku meninggalkan tempat yang banyak menyimpan memori dan percutian yang tak dapat kulupakan sampai bila-bila. Terutamanya, kejadian Asyraf menyelamatkan aku daripada lemas di tasik ini. Terbit rasa terharu atas tindakannya yang tak ku sangka-sangka itu.
......................................................................................................
Sekembalinya dari percutian di Cameron Highland, aku dapat merasakan perubahan yang ketara pada sikap Asyraf kepadaku. Sikap ego dan bongkaknya sudah mulai berkurangan . Dia sudah tidak lagi menengking-nengkingku seperti dulu. Namun sikap memerintahnya masi belum mampu terkikis. Walau bagaimanapun, aku tetap senang dengan perubahan ini. Kini, kami sudah boleh berkawan dan berbual mesra.Asyrafsangat mengambil berat akan diriku. Hari demi hari, sikapnya itu menerbitkan perasaan halus yang tak pernah aku rasai sebelum ini. Sinar matanya, senyumannya malah bahasa tubuhnya membuatkan jantungku terasa berdebar-debar tatkala bersemuka dengannya.
Mama Sofiera , Papa Sayid malah semua ahli keluarga ini jelas senang dengan kemesraan yang terjalin antara kami. Kadang kala hatiku berbisik," Cintakah ini?". Sesungguhnya belum pernah aku merasai perasaan maha hebat sebegini. Belum pernah!
Namun aku cuba buangkan jauh-jauh perasaan itu. Aku sedar akan statusku dalam keluarga ini. Ditambah pula peperiksaan SPM yang bakal kutempuhi kurang 2 bulan lagi.
...................................
Hari berganti hari. Waktu berganti waktu. Sedar tak sedar, aku telah pun slelamat menjalani peperiksaan SPM yang amat menguji kemampuan mental dan fizikalku. Masakan tidak , selama berbulan-bulan aku berperang menelaah buku ilmiah dan peperiksaan ini ibarat 'medan perang' yang memaksa aku memerah segala input untuk setiap mata pelajaran dalam masa 3 minggu.
Lega sekali segalanya telah berakhir. Dan aku pun telah menamatkan pengajianku di bangku sekolah. Dan selepas ini, 'honeymoon day' selama beberapa bulan bagiku.Aku telah merancang sesuatu. Aku berkira-kira hendak tinggal barang seminggu dua di rumah Mak su di Melaka. Sudah lama benar aku tak datang menjenguknya . Entah apa khabarnya sekarang.
Aku menyampaikan hasratku pada Mama Sofiera dan Papa Sayid. Mereka bersetuju dengan hasratku itu. Mereka meminta Pak Mat yang menghantarku ke sana.
Petang itu, aku ,mengemas-ngemas pakaianku dan segala peralatan yang berkenaan dan memasukkannya ke dalam bagasi. Tiba-tiba mataku terlihat sesuatu di atas meja.
Atas dasar ingin tahu, aku segera mendekatkan diri ke sisi meja. Terdapat sepucuk surat berwarna merah jambu terselit kemas di bawah lampu belajarku.
Diatasnya tertulis,'Khas untuk Natasya Sofea"
" Surat siapakah ini", hatiku berdetik.Aku mencapai surat itu . Perlahan-lahan aku membuka surat itu untuk megetahui isi kandungannya. Lambat-lambat aku membaca isi kandungan surat tersebut.
Lirikan matamu mempesonakan,
Senyumanmu menawan,
Lesung pipitmu menambah kecomelan,
Keceriaanmu menghilangkan kegusaran.
Natasya Sofea, sebenarnya aku sudah lama mahu menyatakan bahawa aku..aku sudah jatuh hati pada kau Incident masa di Cameron Highland tempoh hari
Menguatkan lagi perasaanku ini pada kau. Sebenarnya, aku dah lama menaruh perasaan pada kau tapi aku nafikan kerana egoku yang tinggi. Aku tak pasti
Sejak bila ini berlaku tapi aku takdapat meluahkannya dengan kata-kata.Di atas kertas ini, aku cebiskan segala-galanya..
It may take only a minute to like someone,
Only an hour to have crush on someone,
And only a day to love someone,
But it will take a lifetime to forget someone…
And 'someone' is you Natasya Sofea..Pulanglah segera dan aku nantikan jawapannya...
Sincere with love,
Asyrf
Saat itu, aku tak mampu berkata apa-apa. Terasa lemah lututku dan aku terasa tersangat kaku. Lidahku kelu seribu bahasa. Air jernih membasahi pipiku laju. Tak dapat ku gambarkan perasaanku saat ini.Hati berbunga riang.Aku sama sekali tak menyangka bahawa Asyraf turut menaruh perasaan padaku selama ini.
Pantas aku melipat kembali surat tersebut. Tanpa berlengah aku segera meneruskan tugas mengemas bagasiku yang sebentar tadi terhenti. Wujud keanehan yang menghiasi dadaku tika ini. Seperti yang dijanjikan, tepat jam 5.00 petang, aku bakal bertolak ke rumah mak su.Aku menyalami semua ahli keluarga Dato' Sayid Kamarul termasuk Mak Jah. Namun, kelibat Asyraf sejak tadi belum kelihatan.
Mataku melilau mencari-cari kelibatnya di dalam rumah. Tiba-tiba ,kelibatnya muncul di depan pintu.
Terasa merona mukaku kemerahan saat ini. Asyraf menatap wajahku tajam dengan sinar mata penuh mengharap. Aku sangat memahami maksud pandangannya itu.
" Erm...okaylah semua. Sofea mintak diri dulu. Jangan risau Sofea pasti akan pulang segera.", ucapku sambil mengukir senyuman penuh makna kepada Asyraf.Hanya aku dan Asyraf yang memahami maksud kata-kataku dan senyumanku itu.
Saat itu, aku dapat melihat air muka Asyraf tampak senang dengan reaksi ku itu. Dia seolah-olah dapat membaca isi hatiku yang bergelora tika itu.
Tanpa berlengah, aku segera melangkah memasuki perut kereta itu.
"Asyraf bin Dato' Sayid Kamarul.Jangan bimbang. Cindarella ini pasti akan kembali ke rumah ini menemui putera rajanya. Cindarella ini pasti akan pulang tepat pada waktunya bagi mengisi kekosongan hati mu.Nantikan kepulangan dan jawapan daripadaku Asyraf!!". Pada masa yang sama , kereta Mercedez Benz yang ku naiki meluncur laju meninggalkan kediaman Dato'Sayid Kamarul.
0 ulasan:
Catat Ulasan